Nak pakai braces?

Ramai yang datang ke klinik nak pakai braces. Tapi tahukah anda yang pemakaian braces bukanlah sebab untuk kecantikan tau?

Jom kita tengok sebab apa perlunya pemakaian braces:


1. Gigi berlapis adalah sangat sukar untuk dibersihkan!
Susunan gigi yang berlapis menyebabkan sisa makanan yang terlekat di celah gigi susah dibersihkan dengan hanya menggosok gigi. Anda perlukan usaha extra untuk pastikan sisa makanan boleh dibuang, seperti menggunakan floss.



2.Gigi yang terkeluar ke bibir atau dalam ke lelangit
Gigi seperti ini boleh menyebabkan trauma pada bibir atau bahagian lidah dan gusi. Pendek kata nak makan pun kena hati-hati sebab takut terluka.

3.Gigi yang terlampau jongang atau rahang bawah terlampau ke depan
Susunan gigi ini biasanya ada kaitan dengan bentuk tulang rahang. Ada yang rahang atas membonjol keluar, dan ada juga rahang bawah yang terlampau ke depan. Ini boleh mengurangkan keyakinan diri dan malu untuk berhadapan dengan orang ramai. Tambahan pula, mereka yang memiliki rahang seperti ini mempunyai masalah pertuturan yang kurang jelas!

4. Gigitan terbuka
Ini biasanya disebabkan oleh tabiat menghisap jari semasa kecil atau saiz lidah yang besar. Mereka akan mengalami masalah untuk mengunyah makanan dan sebutan sesetengah huruf tidak jelas.




5. Gigi jarang
Gigi menjadi jarang akibat cabutan gigi, gigi tidak tumbuh (impacted) , tiada gigi dan bentuk gigi yang luar biasa. Gigi yang dicabut perlu diganti kerana terdapat masalah sampingan yang akan timbul. 

Apapun niat kita untuk memakai braces, janganlah niatkan untuk kecantikan, tetapi lebih kepada fungsi untuk kegunaan harian.

Comments

Popular posts from this blog

Sakit lepas cabut gigi?? Cabut gigi tapi tertinggal akar?? Pernah dengar dengar istilah DRY SOCKET

Apa itu tanam gigi dan bezanya dengan dental bridge

PEMAKAIAN RETAINER ADALAH WAJIB