Apa itu fake braces?



ISU BRACES HARAM LAGI

Semalam ada sorang ni call Dr.

‘’Dr, kawan saya ada pakai braces kat homestay area Ch****. Kadang-kadang, diorang buat kat hotel.  Katanya yang pasang tu doctor dari KL. Bulan-bulan servis dalam RM70. Kalau saya nk pakai jugak, selamat ke?’’

Dalam hati saya, bagus adik ni. Ada KESEDARAN di situ utk call tanya sebab tak nak bahayakan diri beliau. Memang murah, tapiiii…. 

setiap bulan, ramai yang datang klinik kami mintak Dr  sambung buat rawatan. Minta maaf, dr memang tak sambung. Sebab rawatan braces ni bukan boleh pass baton ,terus sambut.
Nampak sangat something wrong kan?

Rasanya Dr kena highlight balik pasal FAKE braces ni utk bagi kesedaran pada mereka yang masih lagi tak sedar. Kenapa kami panggil FAKE braces? FAKE braces ni dipasang oleh orang yang FAKE, orang yang mengaku Dr tapi takde IJAZAH PERGIGIAN dari mana-mana universiti yang diiktiraf. Ada sijil kemahiran gigi, ada sijil latihan gigi, nurse medical dan lain-lain pun tak layak pasang braces tau. 

TETAPI..

Jika ianya mengaku dipasang oleh DR GIGI tetapi dipasang di rumah ,homestay atau hotel, ia jugak di kira ILLEGAL sebab sebetulnya, dr gigi hanya boleh melakukan  rawatan di klinik BERDAFTAR di bawah kawalan Kementerian Kesihatan Malaysia. Dr gigi tersebut juga haruslah berdaftar dan mempunyai Annual Practicing Certificate (sijil pengamal pergigian)

Em, tak rasa pelik ke Dr gigi sanggup turun dari KL, buat kat homestay atau hotel, pindah randah tempat, pastu bayaran hanya RM50-70 sebulan?
Nampak professional ke idok?


FAKE BRACES lebih merujuk pada orang yang FAKE

bukan barang yang fake atau braces yang dah datang siap2 terpasang tu. Material tu wallahua’lam la, susah nak detect fake ke tak. First skali detect ORANG/TUKANG PASANG dulu ye.
 

#panggilBRACESHARAMbarutakconfuse


Comments

Popular posts from this blog

Sakit lepas cabut gigi?? Cabut gigi tapi tertinggal akar?? Pernah dengar dengar istilah DRY SOCKET

FRC - PENGGANTIAN GIGI "SEMENTARA"

Apa itu tanam gigi dan bezanya dengan dental bridge