3 info best tentang pemutihan gigi (whitening)


Semua orang nak gigi putih berserikan? Jom baca apa yang Dr share kali ni. Ramai yang tak tahu lagi ni

1. Tak semua gigi selepas buat whitening, akan seputih gigi Fazura
- Eh eh Fazura jugak yang jadi contoh. Ehe. Dah sinonim dengan iklan Colgate Optic White kan?
Memang betul.Gigi kita ada banyak shade. Kalau setakat buat whitening sekali je, lepas tu tak jaga makan minum, memang tak kekal warnanya. Tahap maksimum gigi seseorang untuk putih pun tak sama. Contohnya, gigi kawan anda mungkin lebih putih dari anda walaupun buat proses whitening yang sama!

2. Lepas buat whitening kena berpantang
-Eh pantang 40 hari macam pantang bersalin ka? Pantang yang ni lagi dasyat! Lagi lama anda berpantang, lagi bagus!
-Elakkan makan dan minuman berwarna seperti kopi,teh, kari,sos dll
-Kalau terliur jugak, terpaksa la minum pakai straw walaupun air panas

3. Lepas buat whitening, kena maintain buat lagi 
- Whitening ni kalau buat sekali seumur hidup memang tak jalan dik oii. Kena ada repetition baru boleh maintain. Sama la jugak, kalau anda pakai produk pemutih kulit, pakai sekali terus putih ke? Takkan?
Sama la konsep dengan whitening jugak


Comments

Popular posts from this blog

Sakit lepas cabut gigi?? Cabut gigi tapi tertinggal akar?? Pernah dengar dengar istilah DRY SOCKET

Apa itu tanam gigi dan bezanya dengan dental bridge

PEMAKAIAN RETAINER ADALAH WAJIB