Posts

Showing posts from October, 2019

5 tips anak berani ke klinik gigi

Image
1. Kenali klinik dan doktor Pepatah ada mengatakan, 'tak kenal maka tak cinta'. Maka sebelum anda membawa anak-anak ke klinik, anda boleh survey terlebih dahulu klinik berdekatan yang sesuai dengan kanak-kanak. Jika anda bawa ke klinik yang jauh dari rumah, anak-anak mudah penat dan bosan. Ini akan menyebabkan anak-anak akan cranky apabila tiba di klinik.  Anda juga boleh menelefon dahulu klinik tersebut untuk bertanyakan tentang doktor mana yang sesuai dengan kanak-kanak, atau pendekatan klinik yang digunakan. Hari pertama di klinik tidak semestinya berakhir dengan rawatan. Anda boleh membawa untuk berkenalan dan menerima consultation terlebih dahulu. Ini sedikit sebanyak memberikan gambaran supaya dia teruja untuk datang lagi ke klinik pada lain hari. 2. Jadi role model kepada anak Haa! Sebelum menyuruh anak anda ke klinik gigi secara tiba-tiba, apa kata anda menjadi role model dengan membawa anak-anak sebagai teman ke klinik gigi. Anda boleh berkongsi cerita

Cuci gigi untuk buang karang

Image
Karang gigi adalah plak yang mengeras di belakang gigi..Kebiasaannya karang gigi terjadi apabila sisa makanan tak di berus dan di bersihkan dengan bersih..Selain menggunakan berus, kita juga perlu menggunakan floss sekurang-kurangnya sekali sebelum masuk tidur. Seeloknya lakukan pemeriksaan gigi setiap 6 bulan sekali di klinik gigi berhampiran anda untuk mengelakkan masalah gigi. K arang hanya boleh dicuci di klinik sahaja.Jika tidak dicegah, ia boleh membawa kepada masalah gusi berdarah,gigi tertanggal dan mulut berbau.. Jika anda mempunyai masalah-masalah di atas,cepat-cepat lakukan temujanji dengan doktor gigi anda  😎 Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi klinik kami di nombor : Klinik Pergigian Syarifah Geliga,Kemaman - www.wasap.my/60199554161 Klinik Pergigian Syarifah Paka,Dungun - www.wasap.my/0199704161 Klinik Pergigian Syarifah Kerteh - www.wasap.my/60162954161 Klinik Pergigian Syarifah Indera Mahkota 8,Kuantan -  www.wasap.my/60197794161 Klinik Pergigian Syarifah Teluk