5 tips anak berani ke klinik gigi
1. Kenali klinik dan doktor
Pepatah ada mengatakan, 'tak kenal maka tak cinta'. Maka sebelum anda membawa anak-anak ke klinik, anda boleh survey terlebih dahulu klinik berdekatan yang sesuai dengan kanak-kanak. Jika anda bawa ke klinik yang jauh dari rumah, anak-anak mudah penat dan bosan. Ini akan menyebabkan anak-anak akan cranky apabila tiba di klinik.
Anda juga boleh menelefon dahulu klinik tersebut untuk bertanyakan tentang doktor mana yang sesuai dengan kanak-kanak, atau pendekatan klinik yang digunakan.
Hari pertama di klinik tidak semestinya berakhir dengan rawatan. Anda boleh membawa untuk berkenalan dan menerima consultation terlebih dahulu. Ini sedikit sebanyak memberikan gambaran supaya dia teruja untuk datang lagi ke klinik pada lain hari.
2. Jadi role model kepada anak
Haa! Sebelum menyuruh anak anda ke klinik gigi secara tiba-tiba, apa kata anda menjadi role model dengan membawa anak-anak sebagai teman ke klinik gigi. Anda boleh berkongsi cerita tentang kebaikan berjumpa doktor gigi dan menunjukkan betapa pentingnya menjaga gigi.
Semasa rawatan mudah seperti cuci gigi, anda boleh membawa anak masuk ke dalam bilik rawatan sebentar, untuk memberi idea kepada anak-anak bahawa anda seorang yang berani dan tidak ada apa yang perlu ditakutkan.
3. Jangan paksa anak-anak anda
Anda tidak perlu memaksa sekiranya anak tidak mahu bekerjasama pada hari rawatan. Beri anak anda peluang untuk datang lagi. Paksaan atau kekerasan boleh menyebabkan anak anda trauma. Tangisan di klinik juga boleh menyebarkan mood negatif kepada pesakit lain atau memberikan wrong idea kepada anak-anak orang lain.
4. Jangan takutkan anak
Sejak kecil lagi, ramai ibu bapa yang menggunakan ayat ini:
"jangan masuk, nanti doktor cabut gigi"
atau
"duduk diam-diam, kalau tak nanti doktor cucuk jarum"
Apakata, anda beri kata-kata yang positif seperti:
"Doktor nak tolong adik...."
5. Beri reward
Cuba beri reward kepada anak sebagai galakan dan penghargaan sekiranya dia berjaya bekerjasama untuk membuat rawatan.
Comments