Penggantian gigi- Sempurnakah bacaan al Quran kita?
Allah berfirman dalam surah Muzammil ayat 21 " dan bacalah al Quran dengan tartil." Apakah makna tartil? Imam al-Mawardi menafsirkan ayat ini bahawa yang dimaksudkan daripadanya adalah suruhan untuk membaca ayat al-Quran mengikut aturannya dan susunannya, jangan merubah lafaz dan jangan mendahulukan ayat yang akhir pada yang awal, ibarat aturan gigi yang kemas apabila asasnya sama dan tersusun rapi, ini adalah apa yang dikatakan oleh Ibn Bahr. [Lihat: Tafsir al-Mawardi; 6/126]. Cantikkan kiasan yang digunakan? Tetapi Tahukah anda aturan gigi yang kemas dan lengkap sangat penting bagi memastikan bacaan al Quran anda betul tajwid dan tartilnya. Eh macam mana tu Doktor? Tak pernah dengar pun. Macam mana boleh ada kaitan? Ini kerana didalam ilmu tajwid, terdapat satu cabang ilmu untuk huruf hijaiyah. Ia dipanggil ilmu makhraj atau dalam Bahasa Melayu pula dipanggil fonik ataupun cara menyebut fonetik huruf. Antara kesilapan yang paling banyak dilakukan oleh pembaca Alquran adalah...