Penggantian gigi- Sempurnakah bacaan al Quran kita?

Allah berfirman dalam surah Muzammil ayat 21 " dan bacalah al Quran dengan tartil."

Apakah makna tartil? Imam al-Mawardi menafsirkan ayat ini bahawa yang dimaksudkan daripadanya adalah suruhan untuk membaca ayat al-Quran mengikut aturannya dan susunannya, jangan merubah lafaz dan jangan mendahulukan ayat yang akhir pada yang awal, ibarat aturan gigi yang kemas apabila asasnya sama dan tersusun rapi, ini adalah apa yang dikatakan oleh Ibn Bahr. [Lihat: Tafsir al-Mawardi; 6/126].

Cantikkan kiasan yang digunakan? Tetapi Tahukah anda aturan gigi yang kemas dan lengkap sangat penting bagi memastikan bacaan al Quran anda betul tajwid dan tartilnya.

Eh macam mana tu Doktor? Tak pernah dengar pun. Macam mana boleh ada kaitan?

Ini kerana didalam ilmu tajwid, terdapat satu cabang ilmu untuk huruf hijaiyah. Ia dipanggil ilmu makhraj atau dalam Bahasa Melayu pula dipanggil fonik ataupun cara menyebut fonetik huruf.

Antara kesilapan yang paling banyak dilakukan oleh pembaca Alquran adalah membunyikan huruf-huruf Alquran dengan bunyi yang kurang tepat. Dan tahukah anda GIGI HILANG YANG TIDAK DIGANTI juga merupakan faktor utama sebutan huruf anda salah. 

Perhatikan rajah dibawah, terdapat lebih kurang 7 tempat bacaan makhraj yang perlu dijaga. Kebanyakannya melibatkan gigi hadapan gigi dan gigi geraham. 

Jadi, sayangi lah gigi anda. Gantilah gigi anda apabila ia telah hilang. Nikmat gigia sempurna yang Allah tarik ini masih boleh diberikan kita peluang kedua untuk gantikan dan jaga ia sebaiknya. 

Jangan takut. Bak kata pepatah inggeris "better late than never". Jemput datang ke klinik pergigian Syarifah untuk konsultasi pilihan penggantian yang terbaik untuk anda. 

Kerana senyuman menawan itu hak milik setiap insan.

Comments

Popular posts from this blog

Sakit lepas cabut gigi?? Cabut gigi tapi tertinggal akar?? Pernah dengar dengar istilah DRY SOCKET

Apa itu tanam gigi dan bezanya dengan dental bridge

PEMAKAIAN RETAINER ADALAH WAJIB