Ibu Bapa - Tahu kah anda tongue tie?

Pernah dengar tentang lidah pendek atau tongue tie?

Ia berlaku apabila keadaan otot nipis di bawah lidah iaitu frenelum terlalu pendek. Keadaan ini akan menghadkan pergerakan lidah dan akan mengganggu fungsi lidah.

🔺 Ciri-ciri fizikal lidah pendek 🔺
🛎️ hujung lidah (tongue tip) tidak boleh atau sukar diunjur keluar
🛎️ hujung lidah berbentuk rata, jantung atau terbelah
🛎️ lidah tidak dapat atau sukar digerakkan ke kiri dan kanan
🛎️ hujung lidah tidak dapat menyentuh lelangit
🛎️ hujung lidah tidak dapat menjilat bibir atas
🛎️ tidak boleh digulung ke belakang

Fungsi normal lidah akan terganggu akibat ada tongue tie ini.

Tongue tie akan menyebabkan kanak-kanak ada masalah untuk mengunyah dan menelan makanan. Kanak-kanak dengan lidah pendek gagal atau sukar mengendalikan makanan dalam mulut. Merekaakan menolak makanan yang mempunyai tekstur yang sukar diproses.
Selain itu, karies gigi boleh berlaku kerana lidah tidak dapat membersihkan sisa makanan di celah gigi, bawah lidah dan ruang gusi-pipi.
Lidah amat penting semasa proses pencernaan makanan. Ia berfungsi sebagai:
✨Organ deria rasa
✨Menghisap cecair dan mengunyah makanan (bersama-sama dengan otot pipi untuk
✨Memindahkan makanan di sekeliling mulut, dan mengawal pergerakan makanan antara gigi atas dan bawah sehingga makanan dikunyah
✨Menolak makanan semasa menelan
✨Membersihkan mulut daripada sisa makanan

Dilema seorang ibu 🤱🏽
"baby tak dapat menyusu sebab lidah pendek"
"anak saya memang tak pandai menyusulah"
"saya memang ditakdirkan tak boleh menyusukan anak.."
"anak meronta-ronta tak nak menyusu"

💡Tahukah anda, apabila ibu mengalami kesakitan menyusu yg tak dapat dijelaskan, ia merupakan petunjuk kepada masalah tongue tie atau lip tie. Sekali pandang, bayi kelihatan normal, tetapi apabila bayi membuka mulut atau menangis, lidahnya berbentuk hati (heart shape) seperti dlm gmbr ni.
📍Toungue tie ini akan membawa masalah kepada ibu dan juga si kecil semasa menyusu seperti:
1. Puting susu ibu sakit dan luka setiap kali menyusu
2. Bayi tidak mendapat susu yang mencukupi kerana hisapan yang tidak efektif
3. Susu tidak dapat dikeluarkan dengan efektif dari payudara
4. Ibu mengalami bengkak susu atau jangkitan kepada payudara
kanak-kanak yang mempunyai masalah ini mungkin tidak dapat mengambil bahagian dalam rutin bermain dan menggunakan isyarat yang melibatkan pergerakan lidah seperti meniup atau menjilat. Hujung lidah kanak-kanak tidak dapat menjilat bibir atas atau tidak boleh digulung ke belakang..
Adakah anak anda mengalami masalah ini 🤔
Apakah rawatan yg terbaik untuk tongue tie ini? #staytune

Comments

Popular posts from this blog

Sakit lepas cabut gigi?? Cabut gigi tapi tertinggal akar?? Pernah dengar dengar istilah DRY SOCKET

Apa itu tanam gigi dan bezanya dengan dental bridge

PEMAKAIAN RETAINER ADALAH WAJIB