Braces for dummy (info tentang braces)

B R A C E S
Apa itu braces?
Braces tu gigi yang di gam dengan besi ke? No…ingat pakai gam uhu ke? Braces ni merupakan alat yang digunakan untuk memperbetul kedudukan gigi individu untuk menghalang dari sebarang bentuk komplikasi yang lebih teruk.
.
Braces ada berapa jenis?
Braces ni macam - macam jenis ada gais. Antaranya ialah Metal @ stainless Steel(rawatan braces biasa), ceramic @ tooth coloured braces, gold braces, clear inspire sapphire braces, lingual braces, viazis braces, self-ligating braces @ damon braces, invisalign braces dll. The best part, Klinik pergigian Syarifah menawarkan 2 jenis braces iaitu self-ligating braces @ damon braces dan metal @ stainless Steel (rawatan braces biasa).
.
Apakah kelebihan braces?
Ada banyak kelebihan braces ni ye anak - anak. Antara kelebihan metal @ stainless Steel (rawatan braces biasa) ialah masa paling singkat berbanding dengan yang lain. Elastic di sekeliling bracket tu boleh pilih color gelap kalau tak mahu ada staining problem dan kebiasaanya braces jenis ni sangat kuat dan jarang patah.
Next, untuk self-ligating braces @ damon braces pulak dikenali sebagai "speed braces". Tak perlu menggunakan elastic band around bracket untuk hold arch wire dan the best part is less food get trapped there sebab size nye agak kecil.
.
Macam mana nak tahu gigi kita perlukan braces??
Kita “mungkin” perlukan braces bila wujudnya masalah kurang keyakinan diri (pstttt nk approach crush pun malu sis, nanti apa yang dia fikir tentang gigi aku, arhhhh sudah) susah bertutur atau sukar untuk mengunyah (baik xde gigi gais). Benda ni semua disebabkan oleh gigi jongang, susunan gigi tidak tetatur atau susunan gigi jarang. Kebiasaannya pesakit selalunya mengalami kesukaran untuk menyebut perkataan ‘S’ dan ‘T’ pada awal perkataan dan menyebabkan pertuturan tidak jelas. Lebih teruk lagi bagi muslim, nak baca al quran pun sebutan bunyi lain. Keadaan gigi jongang ini juga boleh memberi kesan mental tau kepada pesakit dan menjadi mangsa dalam bahan ejekan dan boleh lead kepada masalah buli.
.
Macam mana pulak dengan ‘Fake Braces’ atau pendakap gigi tiruan?
Menjadi permasalahan baru kepada remaja yang menjadikan braces sebagai satu fesyen dan trend sedangkan gigi mereka dalam keadaan yang baik dan cantik (cannot brain). Penggunaan fake braces ini memberi impak yang sangat negatif kepada individu yang mempunyai gigi yang sedia ada sihat dan cantik di mana gigi mereput, gigi bergerak dengan tidak terkawal, bergoyang dan menyebabkan gigi tidak berfungsi dan terpaksa dicabut. Ini adalah disebabkan plumbum dalam fake braces yang akan memberi kesan kepada masalah gusi, ulser mulut, jangkitan mulut, kehilangan gigi dll. Ingat gais, MULUT ADALAH KUNCI KESIHATAN ANDA. Jaga gigi anda baik - baik k.
.
Last, Saya takut doktor gigi laa…
Like what… 
haha. Tak perlu takut, doktor gigi pun manusia biasa, jadi nothing to be scare gais. Just chill and better pergi sekarang sebabnya braces ni memakan masa jugak untuk baiki gigi, lebih - lebih lagi bagi gigi yang ada banyak masalah. Haa, yang plan nak kahwin 2 tahun lagi tu dah boleh dah pakai sekarang, baru cantik di hari bahagia, haa gituu.
.
So, macam mana saya nak buat braces dekat klinik pergigian syarifah ?
Haa.. Macam ni la baru best hehe, anda boleh datang terus (orang putih kabo walk in) ke klinik kami sama ada di geliga, paka, kerteh bagi kawasan Terengganu (sek ganu bohhhh, dop soh wat dop kenal gitu ar gu malu kokranggg) dan di balok, teluk sisek, indera mahkota 08 bagi warga Pahang anddddd the best news gais, new branch will opening soon in Pahang.... so korang boleh la datang nanti sambil jalan - jalan makan ikan patin. Sebelum tu (x habis lagi), bagi yang nak setkan appointment terus call nombor klinik kami di talian (ni untuk fast respone), apa - apa boleh tanya kami k.

Geliga: 019 955 4161
Paka: 019 970 4161
Kerteh: 016 295 4161
Teluk Sisek: 019 981 4913
Indera Mahkota 08: 019 779 4161
Balok: 019 985 4161

Comments

Popular posts from this blog

Sakit lepas cabut gigi?? Cabut gigi tapi tertinggal akar?? Pernah dengar dengar istilah DRY SOCKET

Apa itu tanam gigi dan bezanya dengan dental bridge

PEMAKAIAN RETAINER ADALAH WAJIB