Fakta yang perlu anda tahu mengenai pemutihan gigi (Teeth Whitening)
Ramai dikalangan kita mesti sukakan gigi yang putih kan? Ada yang beranggapan gigi yang putih melepak ibarat dibedakkan giginya ibarat simbolik kepada pemiliknya yang sangat mementingkan kebersihan dan penjagaan gigi, serta menambahkan lagi keyakinan si pemiliknya.
Pemutihan gigi ini adalah satu prosedur untuk mencerahkan struktur gigi lebih cerah dari warna asal gigi anda. Prosedur ini menggunakan bahan tertentu yang menyerap masuk ke dalam gigi anda dan melarutkan kromogen pada permukaan gigi dan memberikan warna yang lebih cerah sejurus selepas rawatan.
Prosedur pemutihan gigi ada dilakukan di premis pergigian kerajaan dan swasta yang terpilih.Dan tidak semua kondisi gigi memerlukan prosedur pemutihan gigi. Anda boleh hubungi doktor gigi anda dan dapatkan konsultasi terlebih dahulu sebelum prosedur ini dilakukan.
Fakta yang lebih penting, prosedur mencuci gigi (penskaleran) dan pemutihan gigi adalah dua prosedur yang berbeza ya. Dalam kebanyakan kes, prosedur penskaleran perlu dilakukan dahulu sebelum pemutihan gigi dilakukan untuk memberikan hasil yang lebih berkesan.
Comments