Kisah 4 tahun Tak Cuci Gigi (Scaling)
Cuba bayangkan kalau cermin kereta tak cuci berbulan-bulan hingga bertahun-tahun, mesti tak dapat drive dengan baik sebab kotor. kita pon tak sanggup nak naik kereta tu kan? Rasa seram dan tak bersih. tu baru cermin kereta tak cuci, kalau gigi tak cuci agak-agak macam mana ya?
haaa, curious kan nak tahu, cuba tengok gambar kat bawah nih 👇
Ini adalah keadaan gigi yang tak pernah scaling hampir 4 tahun. Kesannya berlaku pembentukan karang gigi terlalu tebal. Kalau guna berus gigi je, memang tak jalan la semua karang gigi nih. Memang perlu scaling bagi bersihkan semua karang gigi yang tebal menempel di bahagian gigi dalam mulut. Karang gigi ini akan menyebabkan mulut berbau, gusi senang berdarah dan gigi mula longgar.
Itu kisah dia, apa cerita kisah gigi kita? 😎 semua pergi ambik cermin , suluh lampu dalam mulut masing-masing, tengok ada tak karang gigi. Satu lagi cara, cuba rasa gigi licin tak dengan lidah. Sekiranya licin, itu salah satu tanda gigi bersih. Okay dah jangan murung, jom ke klinik gigi sekarang!
Kita dinasihatkan melakukan pemeriksaan gigi setiap 6 bulan di klinik gigi bersama dentist untuk memastikan gigi anda tiada karang yang tebal dan kebersihan ditahap yang optimum.
Comments