Kebaikan Scaling

 


Assalamualaikum, hari ni Klinik Pergigian Syarifah ingin berkongsi kepada anda tentang kebaikan scaling. 

Scaling Bukanlah Sekadar Cara Buang Karang Gigi, baca lebih lanjut untuk tahun antara kebaikan scaling(cuci gigi)


1. Membersihkan sisa makanan

- Bangun pagi gosok gigi setiap hari tidak menjamin gigi dibersihkan dengan baik sepenuhnya 

- Berkemungkinan masih ada sisa makanan yang melekat di celah gigi dan sukar dibersihkan menggunakan berus gigi

- Scaling dapat membantu membersihkan sisa makanan yang melekat dan sekaligus mengelakkan berlaku pertumbuhan karang gigi


2. Membersihkan karang gigi

- Karang gigi adalah normal yang berlaku pada semua orang terutamanya pada bahagian belakang gigi

- Air liur yang bercampur dengan bakteria dan protein dari mulut akan membentuk karang gigi atau plak

- Rawatan scaling ini dapat membantu mengikis semua karang gigi yang telah terbentuk pada gigi


3. Menghindari penyakit gusi

- Karang gigi boleh menyebabkan penyakit gusi seperti gusi bengkak dan berdarah  

- Bakteria yang hidup pada karang gigi boleh menyebabkan penyakit gusi dan kerosakan gigi jika dibiarkan tempoh yang lama


4. Mengelakkan perubahan warna gigi

- Scaling tidak memutihkan gigi tetapi apabila karang dibersihkan ia dapat membantu mencegah perubahan warna gigi

- Gigi akan cepat rosak dan warna gigi juga akan menjadi kuning sekiranya rawatan tidak dilakukan



#ps #pergigiansyarifah #DrSyaDrGigi #KpsDentalCareTeam #scaling #scalingteeth #scalinggigi #cucigigi #gigiputih #gigikuning #stainteeth #klinikgigi

Comments

Popular posts from this blog

Sakit lepas cabut gigi?? Cabut gigi tapi tertinggal akar?? Pernah dengar dengar istilah DRY SOCKET

PEMAKAIAN RETAINER ADALAH WAJIB

Apa itu tanam gigi dan bezanya dengan dental bridge