Fake Veneer Or Original?

Fake VS Original 



-Part 1-

Bulan lepas ada sorang pesakit datang ke klinik nak consult Veneer. Wanita 40an, senyum malu duduk atas dental chair sambil tunggu untuk diperiksa.

"Doktor, saya dah buat veneer tapi tak lama lepas tu kenapa dia jadi pecah-pecah ya? Dan susah nak cuci." regus beliau.

"Oh! puan dah buat veneer ya, buat dimana? takkan la baru buat terus pecah kot". (sambil ambil mouth mirror dan probe untuk mulakan pemeriksaan)

"FAKE VENEER?! Adoi... sedihnya tengok ". Teriak Doktor Y dalam hati.

"Saya buat di KL doktor, mahal jugak kos rawatan dia. Beribu jugak la. Tapi tak tahan la, memang macam ni ya bila buat veneer? " Soal wanita berkenaan.

"Sebenarnya puan buat fake veneer ni. Bukan buat dengan dentist kan? - Soal Doktor Y.

"Ya kot doktor. Tapi ramai je buat kt situ. Lepas tu dia tak ada pun bagitau fake ke apa". (beliau tunduk dengan riak muka sedih)

"Puan, tak ada sape akan mengaku dia buat keje "Fake" ni. Kita yang kena pandai nilai antara fake atau original. Kalau buat di bukan klinik pergigian yang berdaftar memang confirm bukan original tau". Tegas Doktor Y dan disambung dengan bebelan yang panjang. Namun, bukanlah bebelan yang sia-sia,  ia penuh dengan penjelasan yang jelas untuk pesakit yang malang ini.

Lepas perbincangan dan pilihan rawatan dibuat, akhirnya Doktor Y buang fake veneer tu dan plan untuk buat "Real" veneer.


Nasihat untuk Masyarakat di luar sana

Pastikan rawatan pergigian yang diterima anda adalah dari seorang dentist yg bertauliah, kerana kesan yang bakal kita terima mungkin akan kekal selamanya jika dibiarkan tanpa dirawat semula. Jangan biarkan diri anda menjadi mangsa oleh individu-individu yang tidak bertanggungjawab. Selidik terlebih dahulu!

Sumber Asal : Facebook Yusmijan Yusmido

Klik Part 2 untuk lihat hasil Veneer Ori dari Dr. Yus Klinik Pergigian Syarifah 


#klinikpergigiansyarifah #veneer #fakeveneer #veneergigi #orriginalveneer #veneers_smile #porcelainveneers

Comments

Popular posts from this blog

Sakit lepas cabut gigi?? Cabut gigi tapi tertinggal akar?? Pernah dengar dengar istilah DRY SOCKET

Apa itu tanam gigi dan bezanya dengan dental bridge

PEMAKAIAN RETAINER ADALAH WAJIB