Fake Veneer Or Original? Part 2

Sila baca Part 1 terlebih dahulu 😁

🦷 Selama 7 tahun berkecimpung dalam private sector ni, saya dah jumpa 4 - 6 kes "fake veneer", tapi hanya 2 kes pesakit bersetuju untuk buang semula fake veneer tu. Sedih sangat bila tengok keadaan gigi dengan fake veneer. Gigi kelihatan bersambung, susah nak cuci, masalah gusi dah mula jadi, warna mentos, bentuk gigi yg cembung,tebal dan besar dan macam-macam lagi.
🦷 Tolong la cakna pasal kesan buruk yang akan terjadi kalau masih percayakan rawatan-rawatan fake ni. Ingat, FAKE ni bukan saja rawatan tapi fake ni boleh jadi orang/perawat tu yg fake. Buat rawatan yang fake dengan bahan2 material yang fake dan macam-macam fake lagi la. Yang paling dasyat alatan instrument yang tidak dibasmi kuman sepenuhnya, pastu dikongsi dan diguna pakai balik..😭😭
🦷 Berbalik pada kes haritu.. Alhamdulillah dah siap sepenuhnya "make over" kepada VENEER yg "Original" Banyak benda perlu consider dalam pelan rawatan pesakit ni. Akhirnyaa....
πŸ’‹πŸ’‹ TARAAAA...!! 14 fake veneer vs 12 porcelain veneer - yg semestinya original!!😘😘


Fake Veneer >>> Fake Veneer Dibuang >>> Porcelain veneer

Fake VS Ori


P/s - pesakit nk senyuman ala2 hollywood, so kaler dia mmg cam hollywood artis le..πŸ˜†πŸ˜†

Sumber Asal : Facebook Yusmijan Yusmido



Comments

Renee Yurovsky said…
Thanks for posting these illustrations showing us the difference between a fake veneer and porcelain veneer original. I'd like to congratulate you on your work. Have a wonderful rest of the day.
Dentist Philadelphia
KPS Dental Team said…
Hi Renee Yurovsky. Thank you for leave us a lovely comment, we really appreciate it. Have a wonderful rest of the day too😊

Popular posts from this blog

Sakit lepas cabut gigi?? Cabut gigi tapi tertinggal akar?? Pernah dengar dengar istilah DRY SOCKET

Apa itu tanam gigi dan bezanya dengan dental bridge

FRC - PENGGANTIAN GIGI "SEMENTARA"