Post of the Day from Dr Syarifah

Semalam baru sempat ke KPJ Kuantan melawat staff kesayangan dan harapan kami Mail , yang merupakan technition kami di Dental Oven lab di KPJ Kuantan setelah 4 hari di warded di sana.

Mail sudah bekerja dengan saya melebihi 6 tahun, walaupun dengan hanya keputusan SPM saya melatih mail bermula dari sebagai pembantu di klinik, selepas itu mencabar Mail untuk belajar berkaitan gigi palsu Acrilic, Flexible denture dan Ortho appliance.

Polisi kami di KPS dentalcare, kami akan memberikan insurance kepada semua staff yang sudah confirm dan bekerja melebihi 2 tahun.Ya,semua staff yang bekerja melebihi 2 tahun dengan KPS automatic kami akan berikan medical insurance.

Bagi kami ia amat penting untuk kami menjaga kebajikan mereka kerana bagi kami staff merupakan aset terpenting bagi kami.

Sebelum covit mana-mana staff yang bekerja melebihan 1 tahun bersama-sama KPS kami berikan medical insurance,tetapi di sebabkan harga polisi insurance yang semakin meningkat kami terpaksa menaikkan syarat kepada 2 tahun berhidmat dengan KPS.

Dalam keadaan sekarang bagi saya amat penting untuk kita mengambil insurance bukan hanya untuk diri kita,malahan untuk semua anak-anak dan keluarga kita.

Dalam keadaan sekarang pelbagai penyakit berjangkit seperti virus dan bacteria mudah menyerang malahan penyakit kronik juga menyerang tidak mengenal usia.

Sewaktu ibu saya bekerja dengan syarikat oil & gas dahulu kami satu keluarga di berikan medical insurance.Setelah ibu saya pencen,medical insurance itu telah di tarik.

Syukur kami adik beradik faham dan tahu kepentingan untuk memiliki medical insurance jadi kami bersepakat untuk mengambil medical insurance bagi ibu kami.
Untuk pengetahuan semua,meskipun umur ibubapa kita telah lanjut dan baru ingin membeli polisi insurance di usia pencen ia masih boleh memilikinya.Hatta ingin membeli insurance sewaktu kita sudah mempunyai penyakit juga boleh tetapi harganya agak mahal.Ia bergantung kepada faktor umur dan penyakit.
Nasihat saya untuk semua, cubalah sedaya upaya untuk melabur dalam menjaga kesihatan diri.Membeli medical insurance adalah pelaburan yang terbaik untuk semua.
Untuk protection kepada dentist-dentist di KPS kami membuat double protection dengan membeli 2 insurance.
Saya bukan penjual insurance saya juga tidak suka di ganggu oleh penjual-penjual insurance.Tetapi hakikatnya jika anda masih belum mempunyai insurance berilah masa anda untuk mendengar dan memahami plan insurance yang sesuai untuk diri anda dan keluarga tersayang.
- DrSyadrGigi -
Dentist | CEO | Ibu
Bukan perunding takaful tetapi saya dentist dan juga ibu beranak 4.

Comments

Popular posts from this blog

Sakit lepas cabut gigi?? Cabut gigi tapi tertinggal akar?? Pernah dengar dengar istilah DRY SOCKET

Apa itu tanam gigi dan bezanya dengan dental bridge

PEMAKAIAN RETAINER ADALAH WAJIB