๐ณ ๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐ธ๐ฎ๐ฟ๐ฎ ๐ฌ๐ฎ๐ป๐ด ๐๐ฏ๐ ๐๐ฎ๐ฝ๐ฎ ๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐น๐ ๐ง๐ฎ๐ต๐ ๐ง๐ฒ๐ป๐๐ฎ๐ป๐ด ๐ฆ๐ฎ๐ฝ๐๐ฎ๐ป ๐๐น๐ผ๐ฟ๐ถ๐ฑ๐ฎ
Masa bawa anak ke Klinik gigi kami untuk pemeriksaan rutin 6 bulan sekali, pernahkah ibu bapa diberitahu untuk membuat sapuan florida pada gigi anak-anak? Mesti ada kan?
Tapi mesti ramai tertanya-tanya apa sebenarnya sapuan florida ini, apakah prosedurnya dan apakah tujuannya.
Kali, ni kami akan kongsikan 7 perkara yang ibubapa perlu tahu tentang sapuan florida ini.
โจApakah sapuan fluorida?
- Doktor gigi akan menggunakan sejenis bahan fluorida (mineral semula jadi iaitu fluorine) yang disapu pada permukaan gigi untuk mencegah kerosakan gigi. Ciri fizikalnya berbentuk cecair likat yang mengandungi bahan fluorida.
โจTujuan & Manfaat sapuan fluorida
- Mampu mengurangkan anggaran 30% hingga 50% kerosakan gigi di kalangan kanak-kanak dengan bertindak menguatkan struktur gigi.
- Dapat mencegah karies yang cepat, tidak menyakitkan dan selamat bagi kanak-kanak, remaja dan orang dewasa.
โจSiapakah yang sesuai menerima rawatan sapuan fluorida?
- Disyorkan untuk kanak-kanak yang berisiko tinggi dapat penyakit karies gigi sebabkan makan dan minum benda manis, malas gosok gigi dan ada gigi yang sudah rosak.
- Sesiapa sahaja juga boleh diberikan sapuan fluorida dan seawal mula tumbuh 2 batang gigi.
โจBagaimana sapuan dilakukan? Sakit ke?
- Hanya masa yang sangat singkat diambil.
- Doktor gigi akan membersihkan gigi dengan menggunakan kain kapas lembut.
- Sedikit sapuan fluorida akan disapu pada permukaan gigi (akan mengeras dan melekat pada permukaan gigi sejurus selepas sapuan).
- Biarkan untuk beberapa jam. Jadi, ibu bapa kena elakkan anak-anak memberus gigi sejurus mendapat sapuan untuk membantu penyerapan flourida ke dalam gigi.
โจDimanakah rawatan sapuan florida boleh didapati?
- Sudah pasti, di klinik kami sebab ramai dah pesakit yang berpuas hati dengan layanan doktor gigi dan staf kami.
โจAdakah ibu bapa boleh membuat sapuan florida sendiri pada gigi anak?
- Sapuan hanya boleh dibuat oleh doktor pergigian yang terlatih.
โจBerapa kerap ia perlu dibuat?
- Untuk kanak-kanak yang berisiko tinggi mendapat kerosakan gigi, sapuan fluorida boleh disapu sebanyak 2 hingga 4 kali setahun.
Jadi kalau nak datang klinik dan jumpa doktor gigi, boleh hubungi kami melalui
๐๐ปKPS Contact Centre๐๐ป
Comments