Posts

Showing posts from June, 2024

3 langkah mudah nak transform senyuman dengan rawatan Digital Smile Design (DSD)!

Image
  Rekabentuk Senyuman Digital (DSD) atau Digital Smile Design kini di KPS Dentalcare (Klinik Pergigian Syarifah)! Apa Itu Rekabentuk Senyuman Digital? Rekabentuk Senyuman Digital (DSD) adalah perisian maklumat (software) atau alat perancangan rawatan pergigian yang membantu doktor gigi merancang dan menunjukkan kepada pesakit bagaimana senyuman mereka akan kelihatan selepas rawatan. Kebiasaannya doktor akan bekerja bersama juruteknik gigi (dental technician) untuk merealisasikan sesuatu rekabentuk projek pemulihan senyuman dan gigi, dan juga memastikan nilai estetik dan fungsi gigi memenuhi keperluan setiap klien. Jadi, senyuman akan jadi lebih cantik dan sesuai untuk setiap pesakit, dan pesakit pun boleh memahami dengan lebih baik tentang rawatan yang akan dilakukan. Bagaimana DSD Berfungsi? Pertemuan Pertama: Pesakit berbincang dengan doktor gigi tentang keinginan dan keperluan mereka. Gambar pesakit dan gigi mereka diambil.   Analisis Gambar: Gambar dimasukkan