3 langkah mudah nak transform senyuman dengan rawatan Digital Smile Design (DSD)!

 

Rekabentuk Senyuman Digital (DSD) atau Digital Smile Design kini di KPS Dentalcare (Klinik Pergigian Syarifah)!



Apa Itu Rekabentuk Senyuman Digital?

Rekabentuk Senyuman Digital (DSD) adalah perisian maklumat (software) atau alat perancangan rawatan pergigian yang membantu doktor gigi merancang dan menunjukkan kepada pesakit bagaimana senyuman mereka akan kelihatan selepas rawatan.

Kebiasaannya doktor akan bekerja bersama juruteknik gigi (dental technician) untuk merealisasikan sesuatu rekabentuk projek pemulihan senyuman dan gigi, dan juga memastikan nilai estetik dan fungsi gigi memenuhi keperluan setiap klien.

Jadi, senyuman akan jadi lebih cantik dan sesuai untuk setiap pesakit, dan pesakit pun boleh memahami dengan lebih baik tentang rawatan yang akan dilakukan.


Bagaimana DSD Berfungsi?


Pertemuan Pertama:

  • Pesakit berbincang dengan doktor gigi tentang keinginan dan keperluan mereka.
  • Gambar pesakit dan gigi mereka diambil.

 

Analisis Gambar:

  • Gambar dimasukkan ke dalam perisian Digital Smile Design.
  • Doktor gigi akan menganalisis proporsi gigi dan wajah pesakit.

 

Rekabentuk Senyuman:

  • Doktor gigi menggunakan pelbagai bentuk dan rupa dari perpustakaan digital (digital library) untuk mencari yang paling sesuai untuk pesakit.
  • Pesakit dapat melihat simulasi senyuman mereka yang baru.


Perancangan Rawatan:

  • Doktor gigi akan menerangkan masalah yang ada dan membuat rancangan rawatan yang sesuai.
  • Rawatan mungkin termasuk prosedur pemulihan mudah, rawatan "ortodontik/orthodontics" (termasuk braces, clear aligner dan retainer).
  • Atau pembedahan "ortognatik/orthognathic" merujuk kepada berbagai prosedur yang memindahkan rahang atas atau rahang bawah ke posisi tertentu, posisi yang lebih tepat. Pada beberapa orang posisi rahang atas dan rahang bawah tidak berada dalam posisi yang sesuai..

 

Kenapa DSD Istimewa?

Dengan DSD, pesakit boleh melihat dengan jelas bagaimana senyuman mereka akan kelihatan selepas rawatan. Ini membantu mengelakkan salah faham antara pesakit dan doktor gigi, kerana kedua-dua pihak akan berada pemahaman yang sama mengenai hasil yang diharapkan.

Siapa Boleh Menggunakan DSD?

Berita baiks sebab sesiapa sahaja yang ingin memperbaiki senyuman mereka adalah calon yang baik untuk DSD. Jika anda selalu ingin memperbaiki senyuman anda, inilah peluang untuk berbincang dengan doktor gigi tentang apa yang anda mahukan.

Contoh Kes di KPS Dentalcare atau Klinik Pergigian Syarifah

Patient 1

Patient 2

Patient 3

Apakah langkah-langkah semasa Digital Smile Design dilakukan?


1. Gambar Sebenar sebelum DSD:


Doktor atau Dental technician akan mengambil gambar senyuman anda.


2. Gambar Sebenar ke Perisian:

  • Gambar dimasukkan ke dalam perisian DSD.
  • Doktor gigi mengenal pasti isu senyuman pesakit.

 


2. Simulasi Senyuman:

  • Perisian(software) akan menganalisis proporsi/proportion gigi dan wajah pesakit dan menghasilkan rekabentuk senyuman yang baru.
  • Pesakit dapat melihat simulasi senyuman baru mereka.

 


3. Hasil Akhir:

  • Doktor boleh paparkan pada perisian hasil akhir rekabentuk senyuman.
  • Rancangan rawatan akan dibincangkan dengan pesakit.

 


Sekarang anda dah faham apa itu Digital Smile Design?

Jika anda berminat untuk memperbaiki senyuman anda, ini adalah peluang terbaik untuk berbincang dengan doktor gigi dan mengetahui bagaimana DSD boleh membantu anda mendapatkan senyuman yang anda impikan!

 

Comments

Popular posts from this blog

Sakit lepas cabut gigi?? Cabut gigi tapi tertinggal akar?? Pernah dengar dengar istilah DRY SOCKET

Apa itu tanam gigi dan bezanya dengan dental bridge

PEMAKAIAN RETAINER ADALAH WAJIB