Busy sampai tak sempat nak datang temu janji Braces? Cuba kaedah baru Aligner!

 


Anda ada gigi yang tidak teratur bukan sahaja mengganggu penampilan, tetapi juga mempengaruhi kesihatan mulut. Makanan mudah tersangkut di celah-celah gigi, yang boleh menyebabkan gigi berlubang serta nafas berbau.


Bila kita bercakap tentang cara nak baiki susun atur gigi, ramai akan fikir, “Pakai braces!” 

Tapi, bukan semua individu sesuai atau selesa nak pakai atau pasang braces besi, terutamanya mereka yang bekerja dalam bidang perkhidmatan seperti hotel atau badan beruniform. 

Bayangkan jika abang polis atau abang bomba pakai braces dengan getah berwarna-warni, pasti kurang keyakinan ketika bekerja. Tak lupa juga dengan artis atau influencer Tiktok yang mementingkan penampilan untuk bersiaran secara Live dan di set penggambaran.

Sebab itu, di KPS Dentalcare atau lebih dikenali sebagai Klinik Pergigian Syarifah, kami menawarkan alternatif moden dan lebih elegan untuk mengatur susunan gigi—clear aligners. Rawatan ini sesuai untuk semua peringkat usia dan memberi keselesaan serta penampilan yang lebih profesional.

 Apa Itu Clear Aligners?

Clear aligners adalah satu jenis rawatan ortodontik tanpa wayar atau besi, semakin popular di kalangan doktor gigi Malaysia, termasuk di KPS Dentalcare. Rawatan ini membolehkan pesakit menjaga kesihatan gigi dengan lebih mudah sepanjang proses susun atur gigi.

Berbanding kalau pakai braces, makanan akan lebih senang terperangkap celah -celah wayar braces dan gigi. Tapi kalau pakai aligner, anda jangan risau sebab sebelum makan, anda boleh cabut dulu Aligner.

Proses Rawatan Clear Aligners di KPS Dentalcare

1. 3D scanning dilakukan oleh doktor gigi kami, bersama X-Ray untuk penilaian penuh.

2. Doktor akan menyediakan pelan rawatan khusus menggunakan teknologi komputer terkini.

3. Aligners dicetak menggunakan teknik 3D printing. Jumlah aligners pula bergantung pada kes, selalunya sekitar 20-30 pasang untuk setiap pesakit mengikut pergerakan gigi.

4. Pesakit akan memakai aligners sepanjang hari, tetapi boleh dibuka kalau nak makan dan memberus gigi.

5. Aligners memberi tekanan lembut untuk menggerakkan gigi secara berperingkat. Pesakit akan menukar aligners setiap dua minggu.


Kebaikan dan Keburukan Clear Aligners


Kebaikan:

- Mudah dijaga dan gigi senang dibersihkan.

- Lutsinar, jadi tiada rasa malu untuk beraktiviti sosial.

- Tiada wayar besi yang mencucuk gusi dan menyebabkan ulser.

- Tidak menyebabkan pelat semasa bercakap.


Keburukan:

- Kos lebih tinggi berbanding braces konvensional.

- Aligners boleh hilang jika tertinggal semasa makan.


 Mengapa Pilih KPS Dentalcare?

Walaupun terdapat perkhidmatan clear aligners secara dalam talian dengan harga yang lebih murah, kesihatan mulut adalah sesuatu yang tidak boleh dikompromi. Di KPS Dentalcare, rawatan diberikan oleh doktor gigi bertauliah, dengan pakej lengkap termasuk rawatan cucian gigi. Ini menjadikan rawatan kami lebih berbaloi dan menyeluruh.

Sebelum menjalani sebarang rawatan ortodontik seperti braces atau clear aligners, pastikan gigi anda sihat dengan pemeriksaan oleh doktor gigi. Untuk maklumat lanjut, kunjungi cawangan KPS Dentalcare terdekat.


Comments

Popular posts from this blog

Sakit lepas cabut gigi?? Cabut gigi tapi tertinggal akar?? Pernah dengar dengar istilah DRY SOCKET

Apa itu tanam gigi dan bezanya dengan dental bridge

PEMAKAIAN RETAINER ADALAH WAJIB