Selamatkan gigi dengan Root Canal Treatment (RCT)

 Perjalanan Saya dalam Rawatan Root Canal: Menemui Kepakaran, Menghadapi Cabaran

Nukilan Dr Nur Nadia Zakaria (KPS Pak Sabah Dungun)

Dua tahun yang lalu, minat saya dalam bidang rawatan akar gigi atau root canal treatment mula berkembang, meskipun waktu itu pendedahan dan pengalaman saya masih terhad. Antara saat paling teruja adalah ketika saya dapat merasai drop sensation, saat penting ketika mula membuat deroofing untuk membuka access cavity. Rasa puas itu, walaupun awal, memberikan saya motivasi yang lebih untuk terus belajar.


Namun, dalam dunia root canal, kepakaran dalam mencari access cavity hanyalah permulaan. Sejak itu, saya menghadiri pelbagai kursus tambahan dalam bidang ini, bersama rakan yang berkongsi minat yang sama – satu kelebihan apabila ada rakan untuk berbincang dan saling membantu ketika fokus teralih.


Barulah saya benar-benar faham, “Oh, begini rupanya…” setelah mengikuti beberapa kursus yang mendalam. Pengalaman ini membantu saya memahami kesilapan terdahulu dalam rawatan, termasuk kes yang pernah saya kendalikan dua tahun lalu, di mana masalah seperti missed MB2 dan short obturation berlaku. Alhamdulillah, selepas rawatan ulang, pesakit beransur pulih.


Semoga perkongsian ini memberi sedikit gambaran tentang kepentingan ilmu dan usaha dalam mencapai hasil yang baik. Bagi saya, perjalanan ini masih jauh, tetapi saya bersyukur atas setiap pelajaran dan sokongan di sepanjang perjalanan ini.


RootCanalJourney #KesyukuranPerkongsian

Comments

Popular posts from this blog

Sakit lepas cabut gigi?? Cabut gigi tapi tertinggal akar?? Pernah dengar dengar istilah DRY SOCKET

Apa itu tanam gigi dan bezanya dengan dental bridge

PEMAKAIAN RETAINER ADALAH WAJIB