Ludwig's Angina: Penyakit Infeksi Serius yang Memerlukan Rawatan Segera!


Ludwig's Angina
Penyakit Infeksi Serius yang Memerlukan Rawatan Segera!

Apa itu Ludwig’s Angina?

Ludwig's angina adalah infeksi serius yang mempengaruhi kawasan leher, mulut, dan rahang bawah, terutama tisu lembut di bawah lidah. Keadaan ini merupakan bentuk selulitis (infeksi tisu lembut) yang sangat berbahaya, kerana ia boleh berkembang dengan sangat cepat dan menyebabkan komplikasi yang mengancam nyawa. Infeksi ini boleh merebak dari gigi yang rosak, abses gigi (Abses Gigi adalah satu keadaan di mana terdapat jangkitan pada akar gigi atau gusi yang menyebabkan pembentukan nanah di sekeliling gigi tersebut), atau kecederaan mulut yang tidak dirawat dengan baik. Tanpa rawatan segera, Ludwig's angina boleh menyebabkan saluran pernafasan tersumbat dan mengakibatkan kesukaran bernafas yang serius.

Punca berlakunya keadaan ini

Kebanyakan kes Ludwig's angina bermula daripada masalah pergigian yang tidak dirawat. Bakteria dalam mulut boleh merebak ke tisu leher dan menyebabkan jangkitan yang teruk. Selain itu, trauma atau kecederaan pada mulut, seperti patah gigi atau luka, juga boleh menjadi punca kepada Ludwig's angina. Beberapa faktor lain yang boleh meningkatkan risiko termasuk diabetes, penyakit jantung, merokok, dan sistem imun yang lemah.

Gejala-gejala Ludwig's angina berkembang dengan sangat cepat. Dalam kebanyakan kes, pesakit akan mula mengalami simptom dalam masa beberapa jam selepas jangkitan bermula.

Anda mungkin mengalami gejala-gejala ini?

1.     Sakit dan Pembengkakan: Sakit teruk di sekitar rahang bawah, leher, dan bawah lidah. Pembengkakan ini boleh menjadi begitu teruk hingga menyebabkan kesukaran membuka mulut dan menelan.

2.     Kesukaran Menelan dan Bernafas: Pembengkakan di leher dan mulut boleh menyebabkan kesukaran menelan makanan dan air. Dalam kes yang teruk, pembengkakan ini boleh menyebabkan penyumbatan pada saluran pernafasan, menjadikan pernafasan menjadi sangat sukar.

3.     Demam: Pesakit akan mengalami demam tinggi sebagai tanda tubuh melawan jangkitan bakteria.

4.     Sakit Tekak dan Perubahan Suara: Tekak yang bengkak menyebabkan kesakitan dan perubahan pada suara, menjadikan suara lebih sengau atau serak.

5.      Pembengkakan Leher dan Penebalan Kulit: Kulit di kawasan leher mungkin menebal dan bengkak, dengan tanda-tanda yang jelas di kawasan tersebut.

Anda ada gejala- gejala ini? Jangan tunggu lagi dan dapatkan rawatan segera! 

KPS Dentalcare menyediakan rawatan pergigian berkualiti tinggi. 

Hubungi kami sekarang!

💚 Bazilah: http://www.wasap.my/60198834161
💚 Ikma: http://www.wasap.my/601133019161

Comments

Popular posts from this blog

Sakit lepas cabut gigi?? Cabut gigi tapi tertinggal akar?? Pernah dengar dengar istilah DRY SOCKET

FRC - PENGGANTIAN GIGI "SEMENTARA"

Apa itu tanam gigi dan bezanya dengan dental bridge