Bahaya ke Buat X-Ray Gigi?
Bahaya ke Buat X-Ray Gigi? Ramai masih takut nak buat X-ray gigi sebab percaya dengan pelbagai mitos.
“X-ray bahaya”, “Radiasi tinggi”, “Boleh sebabkan kanser”.
Fakta Sebenar Tentang X-Ray Gigi
Kenyataannya, jumlah radiasi daripada X-ray gigi sangat rendah kira-kira 5 microsieverts (µSv) sahaja.
Kenapa X-Ray Gigi Penting
Secara umumnya, X-ray membantu doktor gigi melihat apa yang mata kasar tak boleh nampak.
Antara fungsi utama:
Mengesan masalah yang tersembunyi.
Menilai struktur akar dan tulang rahang
Mengesan jangkitan, abses atau Cyst
Rancang rawatan braces, implant & pembedahan mulut dengan tepat.
Pantau pertumbuhan gigi kekal bagi kanak-kanak dan remaja.
Langkah Keselamatan Semasa X-Ray
Jangan risau. Prosedur ini dikawal ketat mengikut standard keselamatan yang telah ditetapkan.
Semasa X-ray dijalankan:
Pesakit akan diberi apron pelindung khas (lead apron) untuk elak pendedahan sinaran ke organ lain.
Mesin X-ray di klinik pergigian mengeluarkan sinaran sangat rendah dan sekejap sahaja.
Doktor atau pembantu klinik terlatih akan memastikan pendedahan hanya pada kawasan yang diperlukan sahaja.
Jenis-Jenis X-Ray Pergigian Yang Ada di KPS Dentalcare & Fungsinya
Periapical (PA X-ray)
Melihat satu atau dua gigi bersama akar dan tulang sokongan. Penting untuk kes sakit gigi, nanah, atau rawatan akar.
Lateral Cephalometric (Lateral Ceph X-ray)
Digunakan untuk rawatan ortodontik (braces). Menilai bentuk dan kedudukan rahang serta tengkorak dari sisi.
Orthopantomogram (OPG X-ray)
Gambar penuh rahang atas dan bawah. Mengesan gigi bongsu, gigi patah atau masalah gusi. Penting juga untuk kes braces, wisdom tooth, dan implant.
Cone Beam CT (CBCT X-ray)
Imej 3D rahang dan struktur sekitar. Memberi pandangan tepat untuk implant, pembedahan, dan diagnosis kompleks.
Secara umumnya, X-ray gigi selamat, penting dan membantu diagnosis lebih tepat. Kadar radiasinya sangat rendah dan dikawal selamat oleh doktor bertauliah. Jangan biarkan mitos menghalang anda daripada dapat rawatan yang betul!




Comments