Pernah tak sakit gigi atau gusi sampai bengkak bila gigi geraham bongsu nak tumbuh?


Geraham bongsu biasanya tumbuh umur 17–25 tahun.
Tapi realitinya, tak semua orang lalui proses ni dengan smooth.

Ada yang sampai tak boleh makan, tak boleh tidur dan sakit kepala berdenyut.
This probably happened sebab kedudukan gigi geraham bongsu yang abnormal. 


Maksud kedudukan gigi geraham bongsu yang abnormal adalah gigi geraham tumbuh senget atau separuh je dan gigi geraham bongsu terbenam (terbenam dalam gusi dan tak boleh keluar sebab tiada ruang untuk keluar menyebabkan penolakan ke gigi sebelah). Sakit!

Apabila gigi geraham bongsu tumbuh senget atau separuh ni lah yang akan menyebabkan makanan mudah tersangkut dan jadi tempat bakteria terkumpul. Ini lah yang akan buat gusi bengkak dan sakit!

So, sesiapa yang tengah sakit gigi belakang tu boleh try buat Xray gigi untuk tahu keadaan gigi macam mana then consult dengan doktor for further treatment sama ada boleh cabut gigi macam biasa atau perlukan pembedahan kecil mulut (Minor Oral Surgery).

Klinik kami ada sediakan beberapa pilihan rawatan Xray gigi from 2D sampai lah 3D yang boleh beri gambaran menyeluruh keadaan gigi, gusi, akar gigi dan tulang rahang.  

Klinik Pergigian KPS Dentalcare mempunyai beberapa pilihan rawatan Xray termasuklah Periapical Xray, OPG Xray dan CBCT Xray. 

Untuk Maklumat lanjut boleh layari laman web rasmi Klinik Pergigian KPS Dentalcare www.kpsdentalcare.com 



Klinik Pergigian KPS Dentalcare | Dental one Stop Centre with Latest Technology

Klinik Gigi Terengganu | Klinik Gigi Pahang

Comments

Popular Posts