Apa itu tanam gigi dan bezanya dengan dental bridge
Ramai yang salah faham tentang tanam gigi. Tanam gigi yang sebenarnya ialah implant, dan bukan dental bridge (jambatan gigi). Walaupun nampak seperti ditanam,. dental bridge tidak ditanam ke dalam gusi melalui cara pembedahan seperti implant. Dental bridge hanya diletakkan pada permukaan gusi dan bergantung kepada gigi tupang (gigi sebelah).
Berbeza dengan bridge, implan yang diperbuat daripada
titanium bertindak sebagai akar kepada gigi yang hilang. Ia
akan ditanam dalam gusi sebelum gigi yang diperbuat daripada
porselin dilekatkan di atasnya.Prosedur ini banyak bergantung
kepada beberapa faktor antaranya tulang gusi yang kuat untuk
menampung implan dan porselin. Jika tulang gusi tidak kuat,
ia tidak boleh dilakukan.
Contoh:
Dental bridge memerlukan gig tupang yang perlu dimasukkan sekali untuk dibuat bridge.
Sekiranya anda inginkan implant, hanya 2 implant yang perlu dimasukkan dan gigi sebelah tidak terlibat dalam proses rawatan.
Bridge:
(tiada akar dimasukkan ke dalam gusi, maka tiada proses pembedahan dan memerlukan gigi tupang)
Implant:
(Titanium ditanam melalui proses pembedahan kecil dan bertindak sebagai akar kepada gigi. Tidak memerlukan gigi tupang)
Untuk info lebih lanjut tentang implant, boleh klik:
Hukum tanam gigi (implant)
Soalan : Gigi depan saya sudah dicabut kerana buruk dan sekarang
memakai gigi palsu. Bolehkah saya tanam gigi untuk gantikan gigi palsu
kerana banyak masalah pakai gigi palsu ini. Apakah hukumnya? Bagaimana
sekir
anya saya meninggal nanti kerana ada orang kata apabila kita meninggal semua anggota palsu kita perlu dibuka.
Dijawab oleh Ustazah Sakinah;
Dibolehkan menanam
gigi yang telah rosak dan menggantikannya dengan gigi yang baru. Ia
tidak termasuk mengubah ciptaan ALLAH kerana pada asalnya gigi tersebut
wujud. Kemudian rosak. Tambahan pula proses itu perlu memandangkan gigi
sentiasa digunakan. Seorang sahabat pernah mengalami kerosakan hidung
akibat peperangan. Kemudian beliau meminta keizinan Nabi s.a.w untuk
menggantikan hidungnya dengan hidung yang diperbuat daripada emas. Lalu
baginda membenarkan. Gigi yang ditanam itu tidak lagi perlu dibuka
apabila meninggal. Kerana perkara seperti itu tidak pernah disebut dalam
nas yang tsabit daripada Rasulullah s.a.w.
Comments
Kalau nak cari private punya, boleh merujuk sini jugak
https://www.lookp.com/malaysia/dentist
Siap dengan ulusan dah mudah pilih ikut lokasi dan tahap kepuasan pelanggan. Semoga membantu...
Bagaimana dengan situasi seseorang yang tidak pernah tumbuh gigi dan ini telah disahkan oleh Doktor gigi melalui xray yg diambil. Boleh juga melalui proses implant tak....
KPS GELIGA
Sabtu - Rabu : 8 am - 5 pm & 8 pm - 10 pm
Khamis : 8 am - 5 pm
Jumaat : TUTUP
KPS PAKA & KERTEH
⏰ Waktu Operasi :
Ahad-Khamis :8am - 5pm & 8pm - 10 pm
Sabtu :8am - 5pm
Jumaat : TUTUP
PAHANG
KPS TELUK SISEK, INDERA MAHKOTA 08, BALOK, TEMERLOH
⏰ Waktu Operasi:
Isnin - Jumaat : 9 am - 9 pm
Sabtu : 9 am - 5 pm
Ahad : TUTUP