Monday, January 9, 2012

Info Ringkas Implant Gigi


Implant gigi ialah sejenis rawatan di mana akar gigi tiruan yang ditanam ke dalam rahang. Proses penanaman dilakukan melalui mekanisme pembedahan minor, iaitu dengan cara membuka gusi dan kemudian membuat lubang di bahagian tulang dengan ukuran antara 3-4 milimeter.Implant gigi dibuat pada bahagian gigi yang sudah dicabut. 


Dental gigi atau gigi palsu yang akan ditanam berbentuk silinder dengan diameter 3-4 milimeter dengan panjang antara 10-13 milimeter. Jadi yang ditanam itu akarnya, kemudian ada baut yang menyambung antara implant yang ditanam di dalam dan yang keluar di bahagian rongga mulut. Gigi ini sifatnya statik dan tidak akan tumbuh.



Dental implant ini berfungsi bagi menggantikan gigi yang telah tercabut / dicabut atau gigi berlubang yang telah mati akar. Pemasangannya tidak memerlukan waktu yang lama. Mekanisme pemasangan gigi atau penanaman dental gigi ini hampir menyerupai tempoh cabutan gigi, iaitu dilakukan dengan bius lokal dan hanya memerlukan waktu kurang lebih 30 minit.


Kelebihan implant ini dibandingkan dengan gigi palsu pada umumnya, ialan kerana bentuk serta fungsinya amat menyamai gigi aslinya. 


Bahan implant dibuat dari titanium, atau logam yang bersifat bioinner yang di mana ketika bahan ini dimasukkan ke dalam tulang, badan tidak akan menganggapnya sebagai bahan asing. Jadi, tidak akan ada reaksi penolakan. 

Gigi yang ditanam dapat bertahan selama 10 -15 tahun, namun sekiranya kebersihan gigi sentiasa dijaga, gigi tersebut dapat bertahan buat selama-lamanya seperti gigi kekal.

Kunjungi Klinik Pergigian Syarifah di Kuatan atau Kemaman untuk mendapatakan nasihat dan rawatan berkaitan Implant Gigi.

2 comments:

Anonymous said...

berapa kos utk implant?
saya nak tau jugak kos untuk crown..tq

Anonymous said...

nak tanya sikit..
saya nak buat implant gigi depan saya..saya terfikir nak buat braces gak..mana satu saya perlu buat dulu..? tq

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...