Tuesday, January 17, 2012

Proses Root Canal Treatment (Rawatan Akar)

Dalam entri sebelumnya, telah diterangkan apakah Root Canal Treatment dan kenapa ia perlu dijalankan. Kali ini, saya akan menerangkan proses semasa rawatan akar dijalankan.

1. Rubber Dam

  • Sebaik sahaja gigi diberikan ubat bius, 'rubber dam' digunakan untuk mengasingkan gigi.
  • Ia akan menghalang pesakit daripada tersedut atau tertelan alatan kecil semasa rawatan.
  • Namun jika pesakit tidak selesa dengan penggunaan rubber dam, iana tidak akan diletakkan di bahagian mulut, dan rawatan tetap dapat dijalankan.

2.  Mewujudkan rongga gigi.
  •  Sebuah lubang akan dibentuk ke dalam gigi.
  • Semu tisu pulpa yang berpenyakit akan dibuang menggunakan fail.
  • Selepas rawatan ini dijalankan, pesakit tidak akan merasa sakit gigi lagi.

3. Pembersihan dan Pembentukan saluran akar gigi.

  • Setelah kanal gigi dibersihkan, dan kuman telah dibasmi, mereka akan dipenuhi dengan bahan getah.
  • Bahan ini akan memenuhi terusan dari hujung akar bagi mencegah jangkitan gigi.

 Kesan RCT anda sempurna :
  • Ia menbuang bakteria yang wujud dalam gigi
  • Membuang tisu saraf yang tidak sihat yang hadir di dalam gigi di mana ia menjadi sumber makanan bakteria yang wujud di dalam gigi.
  • Ia mengisi dan menyekat di ruang saraf di dalam gigi  supaya secara fizikalnya tiada ruang bagi bakteria boleh hidup atau melawan tahap daya imunisasi badan anda.
Secara keseluruhannya, RCT perlu dijalankan jika anda mempunyai permasalahan gigi sebelum ianya memberikan kesan yang lebih teruk kepada kesihatan gigi anda.

7 comments:

AisZamAbuBakar said...

dr leh sy tau..klu nk wt rawatan akakr gigi kos brp?? pas 2 yg terhampir kt pahang klinik dr kt kuantan ek??

Dr. Syarifah said...

Harga bagi rawatan akar bergantung kepada sama ada Gigi depan atau belakang....lain Gigi lain harganya...adik di nasihatkan datang ke Klinik utk pemeriksaan awal Dan harga yg tepat boleh diberikan sebelum rawatan...Klinik dikuantan berhampiran hotel Sri Malaysia adik boleh call Klinik utk apptm....no hp Klinik 0199814913

Anonymous said...

Assalamualaikum warahmatullah doktor,

Saya nak tanya sikit ni,

saya 3 minggu lepas, ada rasa sakit gigi depan (gigi arnab belah kiri) yg amat sangat, setelah berjumpa doktor gigi, doktor memberitahu bahawa tmpalan yg dahulu terlalu dalam, dan sudah smpai ke akar gigi. Jadi rawatan rct perlu dilakukan. Cuma pada waktu itu, semua tempat queue sehingga bulan 11. Saya tangguhkan dulu.

Saya ini akan berangkat ke negara arab untuk belajar dalam masa trdekat ni (awal minggu depan), jadi saya risau juga keadaan gigi saya ni,

Tapi tidak smpai 2 hari dari tarikh tu, gigi saya mula membengkak sehingga naik ke muka (sebelah muka juga).

alhamdulillah dalam masa 5-6 hari bengkak muka dan gigi saya telah surut, dan saya terus mencari doktor gigi untuk jalankan proses rct.


minggu lepas, saya jumpa dr gigi yg boleh jalankan rct dan tidak perlu queue,justeru rawatan saya pun bermula.

rwtan saya sebanyak 3 kali dalam seminggu,

Jadi rawatan saya ni agak cepat, tampalan sementara saya hanya seminggu.
Memang gigi saya sudah tidak berdenyut dan rasa ngilu lagi. Alhamdulillah

Dan baru tadi saya sudah jalankan rawatan kekal, cuma selepas rawatan tadi saya rasa sedikit berdenyut, dan terasa ngilu pula apabila disentuh.

kenapa ya? doktor sarankan saya, agar jangan goyangkan gigi tu, takut nanti sukar untuk baik.

Mohon doktor komen sikit kenapa begini ya?

Anonymous said...

Assalamualaikum..Dr..dulu sy pernah menjalani rawatan akar gigi..tp selepas beberapa bulan menjalani rawatan tersebut..gigi yg d rawat tu bertukar kehitam-hitaman..(gigi brtukar hitam tu hny d gigi tmpt bahan akar gigi tu dtampal )manakala gigi lain semakin lama semakin kuning..sy sgt risau memandangkan kerjaya saya sbg seorang kaunselor memerlukan sy selalu bercakap dengan orang lain.. sy nk tny Dr..dalam kes sye ni masih ada kah peluang untuk saya memutihkan dan mencantikkan semula gigi saya?

Anonymous said...

dr. agk2nya kos rawatan gigi hadapan brapa erk..

antu kebaya said...

assalamualaikum w.b.t doc..
smggu lps sy tlg mnjlani 1stRCT di klinik swasta, tpi tpi doc tersebut tlh mematahkan jarum dlm gg sy. sehingga sekarang, jarum tersebut masih berada dlm gg sy. adakah jarum tersebut memberi kesan negatif kpd sy pd ms akn dtg sekiranyer xdicabut?smpai sekarang pn sy masih rasa sakit kepala yang amat sgt sehingga menganggu fokus untuk belajar dan juga dalm kehidupan sy. selain itu, sy juga mengalami rasa sengal pada gg yg terlibat ( 2nd premolar). adakah rawatan RCt yg sy jalani tidak berjaya? hrp pandangan drp doc...

Anonymous said...

Maaf dokter bizi untuk reply...hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...