Hukum Memakai Braces

Berikut adalah jawapan yang disiarkan dari Harian Metro berkenaan hukum memekai pendakap gigi atau braces.

Soalan :

APAKAH hukum menggunakan pendakap gigi dalam Islam? Adakah ia haram kerana mengubah ciptaan Allah SWT daripada keadaan gigi yang asal bertukar kepada lebih teratur?

Jawapan :


Hukum memakai pendakap gigi adalah harus kerana ia tidak dikategori sebagai mengubah ciptaan Allah.
Maksud hadis yang melarang ialah tabiat mengasah gigi di kalangan wanita tua dalam bangsa Arab supaya mereka kelihatan muda untuk menarik lelaki mendampingi mereka bagi tujuan melakukan hubungan tidak sah.

Memakai pendakap gigi dengan tujuan memperbetulkan keadaan gigi bukan saja boleh mengembalikan keyakinan seseorang, bahkan membuat pertuturan lebih baik untuk berkomunikasi dan membaca al-Quran.

Comments

Popular posts from this blog

Sakit lepas cabut gigi?? Cabut gigi tapi tertinggal akar?? Pernah dengar dengar istilah DRY SOCKET

Apa itu tanam gigi dan bezanya dengan dental bridge

PEMAKAIAN RETAINER ADALAH WAJIB