Proses Root Canal Treatment (Rawatan Akar)
Dalam entri sebelumnya, telah diterangkan apakah Root Canal Treatment dan kenapa ia perlu dijalankan. Kali ini, saya akan menerangkan proses semasa rawatan akar dijalankan.
1. Rubber Dam
2. Mewujudkan rongga gigi.
3. Pembersihan dan Pembentukan saluran akar gigi.
Kesan RCT anda sempurna :
1. Rubber Dam
- Sebaik sahaja gigi diberikan ubat bius, 'rubber dam' digunakan untuk mengasingkan gigi.
- Ia akan menghalang pesakit daripada tersedut atau tertelan alatan kecil semasa rawatan.
- Namun jika pesakit tidak selesa dengan penggunaan rubber dam, iana tidak akan diletakkan di bahagian mulut, dan rawatan tetap dapat dijalankan.
2. Mewujudkan rongga gigi.
- Sebuah lubang akan dibentuk ke dalam gigi.
- Semu tisu pulpa yang berpenyakit akan dibuang menggunakan fail.
- Selepas rawatan ini dijalankan, pesakit tidak akan merasa sakit gigi lagi.
3. Pembersihan dan Pembentukan saluran akar gigi.
- Setelah kanal gigi dibersihkan, dan kuman telah dibasmi, mereka akan dipenuhi dengan bahan getah.
- Bahan ini akan memenuhi terusan dari hujung akar bagi mencegah jangkitan gigi.
Kesan RCT anda sempurna :
- Ia menbuang bakteria yang wujud dalam gigi
- Membuang tisu saraf yang tidak sihat yang hadir di dalam gigi di mana ia menjadi sumber makanan bakteria yang wujud di dalam gigi.
- Ia mengisi dan menyekat di ruang saraf di dalam gigi supaya secara fizikalnya tiada ruang bagi bakteria boleh hidup atau melawan tahap daya imunisasi badan anda.
Comments
Saya nak tanya sikit ni,
saya 3 minggu lepas, ada rasa sakit gigi depan (gigi arnab belah kiri) yg amat sangat, setelah berjumpa doktor gigi, doktor memberitahu bahawa tmpalan yg dahulu terlalu dalam, dan sudah smpai ke akar gigi. Jadi rawatan rct perlu dilakukan. Cuma pada waktu itu, semua tempat queue sehingga bulan 11. Saya tangguhkan dulu.
Saya ini akan berangkat ke negara arab untuk belajar dalam masa trdekat ni (awal minggu depan), jadi saya risau juga keadaan gigi saya ni,
Tapi tidak smpai 2 hari dari tarikh tu, gigi saya mula membengkak sehingga naik ke muka (sebelah muka juga).
alhamdulillah dalam masa 5-6 hari bengkak muka dan gigi saya telah surut, dan saya terus mencari doktor gigi untuk jalankan proses rct.
minggu lepas, saya jumpa dr gigi yg boleh jalankan rct dan tidak perlu queue,justeru rawatan saya pun bermula.
rwtan saya sebanyak 3 kali dalam seminggu,
Jadi rawatan saya ni agak cepat, tampalan sementara saya hanya seminggu.
Memang gigi saya sudah tidak berdenyut dan rasa ngilu lagi. Alhamdulillah
Dan baru tadi saya sudah jalankan rawatan kekal, cuma selepas rawatan tadi saya rasa sedikit berdenyut, dan terasa ngilu pula apabila disentuh.
kenapa ya? doktor sarankan saya, agar jangan goyangkan gigi tu, takut nanti sukar untuk baik.
Mohon doktor komen sikit kenapa begini ya?
Saya pernah wat RCT setahun lepas kat gigi depan atas saya. soalan saya..
Adakah gigi yang telah dibuat rct akan 100% mati sarafnya atau masih ada peluang saraf gigi tersebut pulih dan hidup kembali?. contohnya.. makan supplement ape2 ke untuk hidupkan saraf gigi tu kembali.. kalau ada la..
Berapa lamakah gigi yang telah RCT boleh bertahan?
Apakah alternatif rawatan/tindkan setelah gigi RCT rosak/bergoyang?
harap doktor berkelapangan menjawab soalan saya. 10Q
Untuk makluman, saya baru shj buat rawatan RCT
Boleh tau implikasi lain untuk rawatan RCT. sebab saya baca journal English ada sebahagian mnengatakan, rawatan RCT boleh mnyebabkan kanser.
Mohon pencerahan DR.
Mohon pencerahan dr
Thanks in advance