Posts

Showing posts from January, 2017

PEMUTIHAN GIGI VS SCALLING

Image
Pemutihan gigi tak sama dengan dental scalling. Dental scalling= cuci gigi -proses membuang karang gigi @plak gigi -Tak dapat memutihkan gigi cuma dapat membuang stain/karat pada ATAS PERMUKAAN gigi     Pemutihan gigi=whithening teeth   -proses untuk membuatkan gigi berubah warna menjadi semakin putih -boleh merubah warna gigi menjadi lebih putih tetapi tahap putih tidak sama untuk semua orang -ada gigi yang perlukan pemutihan berulang kali untuk menjadi putih -ada gigi yang buat sekali sahaja sudh nampak kesannya -perlu 'berpantang' makanan/minuman yang berwarna/berstain seperti kopi,teh,milo,kari,sirap dll untuk kekal lebih lama -mereka yang merokok tidak digalakkan buat whitening Untuk pertanyaan lanjut boleh datang ke cawangan klinik kami di: -Kuantan -TELUK SISIK dan INDERA MAHKOTA8 -Kemaman-Geliga Kemaman. -Dungun-Paka . #dentalclinicinkuantan #dentalclinicinpaka #dentalclinicinkemaman

Terima kasih atas sokongan anda

Pihak Klinik Pergigian Syarifah mengucapkan jutaan terima kasih atas sokongan anda selama kami beroperasi. Maafkan kami jika ada rawatan yang tidak memuaskan hati, kerana sesungguhnya kami telah mencuba apa yang termampu untuk membantu anda. Sesungguhnya yang baik hanya dari Allah, dan yang buruk juga dari Allah bersabit dengan kelemahan kami sendiri. Wallahua'lam.

Cantik untuk kahwin

Image
Ramai juga patient kami yang datang ke klinik untuk nampak cantik semasa hari perkahwinan dan pertunangan. Kalau nak nampak cantik untuk kahwin,sebenanrnya tak boleh datang last minute ke klinik gigi. Anda perlu datang sekurang-kurangnya 2 bulan lebih awal, sebab ada rawatan yang perlukan masa lebih lama sepeti rawatan penggantian gigi (bridge/implant/gigi palsu). Antara rawatan yang diperlukan ialah: 1. Tampalan dan cuci gigi ( scaling ) - Ini perlu untuk menghilangkan masalah nafas berbau sebab pada hari perkahwinan, anda akan bercakap dengan ramai orang. 2. Ganti gigi yang hilang - Sebelum ni mungkin ramai yang tak kisah tiada gigi terutamanya gigi depan. Tapi untuk majlis perkahwinan, ramai yang datang buat bridge dan gigi palsu sebab malu untuk berdepan dengan ramai orang - Untuk ganti gigi yang hilang, anda perlu datang sekurang-kurangnya 2 bulan lebih awal sebab rawatan ini memakan masa dan perlu datang sekurang-kurangya 2 kali 3. Pemutihan gigi (whitening...

Tips atasi rasa takut ke klinik gigi

Image
1. Cari doktor gigi yang anda percaya,selamat dan memahami anda (boleh tanya kawan-kawan pengalaman mereka dan saranan doktor) 2. Beritahu doktor gigi bahawa anda takut klinik untuk buat rawatan (bagitahu dengan spesifik apa yang anda takuti cth bunyi alat/sakit/bentuk alat tajam dll) 3. Bawa earphone dengan lagu yang menenangkan anda atau lagu yang disukai 4. Berdoa sebelum rawatan dimulakan 5. Goyangkan kami dan lembutkan badan 6. Minta ubat bius walaupun hanya untuk tampalan sekiranya takut sakit 7. Minta kebenaran doktor untuk tutup mata jika takut melihat alatan tajam

Kenapa pemakaian FAKE BRACES perlu dielakkan?

Image
Recently , kami banyak menerima kes FAKE BRACES yang datang ke klinik untuk membuka kembali dan ada juga yang ingin melakukan rawatan susulan. Kenapakah ianya dipanggil FAKE BRACES ? FAKE BRACES ni bukanla bermaksud alat yang digunakan tu alat yang palsu, tapi lebih merujuk kepada  individu yang bukan profesional dan tiada sebarang kelulusan untuk melakukan rawatan ini. Mereka hanya belajar dari You Tube dan Google sahaja, tanpa perlu bersusah payah belajar bertahun-tahun hanya kerana untuk mengaut duit segera. Biasanya taktik mereka ialah dengan mengenakan harga yang rendah, serendah RM 500 pada first visit untuk pemakaian braces, dan diikuti 'servis' serendah RM 50. 'Servis' ini dilakukan di rumah atau di hotel berdekatan, kerana mereka biasanya mengadakan temujanji kerana setiap bulan mereka melakukan 'servis' dari satu negeri ke satu negeri yang lain. Ada jugak yang mengaku dirinya sebagai medical student dan nursing student . Kalau nak tahu, ...

Semua orang nak cantik!

Image
Orang kata cantik itu subjektif tapi hakikatnya semua orang nak cantik. Tapi tak semua perasan bila gigi cantik, wajah kita akan berubah jadi lebih cantik! Cakap pasal gigi cantik, ada banyak cara untuk cantikkan gigi. Cantikkan gigi bukan bermakna kita nak mengubah ciptaan Allah yang sangat sempurna itu. Tapi kalau dah bertahun-tahun kita tak jaga ciptaan yang sempurna itu, lama-lama gigi kita pun boleh berubah menjadi rosak, haus, patah, longgar, berubah warna dan sebagainya! Bagi gigi yang berubah warna, patah dan semakin jarang, ada banyak cara untuk mengembalikan senyuman kita kembali berseri. Salah satunya ialah dengan membuat veneer. Apa itu veneer? Veneer ni ibarat lapisan atau coating pada gigi menggunakan material tertentu. Terdapat beberapa jenis rawatan veneer di klinik gigi tetapi yang biasanya di lakukan ialah 3 jenis, iaitu fabricated veneer (cth veneer porselin) , prefabricated veneer (cth componeer) dan direct veneer (cth composite veneer). Kes di klinik ka...