Cantik untuk kahwin

Ramai juga patient kami yang datang ke klinik untuk nampak cantik semasa hari perkahwinan dan pertunangan. Kalau nak nampak cantik untuk kahwin,sebenanrnya tak boleh datang last minute ke klinik gigi. Anda perlu datang sekurang-kurangnya 2 bulan lebih awal, sebab ada rawatan yang perlukan masa lebih lama sepeti rawatan penggantian gigi (bridge/implant/gigi palsu).

Antara rawatan yang diperlukan ialah:

1. Tampalan dan cuci gigi (scaling)
- Ini perlu untuk menghilangkan masalah nafas berbau sebab pada hari perkahwinan, anda akan bercakap dengan ramai orang.




2. Ganti gigi yang hilang
- Sebelum ni mungkin ramai yang tak kisah tiada gigi terutamanya gigi depan. Tapi untuk majlis perkahwinan, ramai yang datang buat bridge dan gigi palsu sebab malu untuk berdepan dengan ramai orang
- Untuk ganti gigi yang hilang, anda perlu datang sekurang-kurangnya 2 bulan lebih awal sebab rawatan ini memakan masa dan perlu datang sekurang-kurangya 2 kali



3. Pemutihan gigi (whitening)
- Senyuman anda lebih menawan sekiranya gigi putih berseri.




4. Rawatan kosmetik (crown/veneer/composite veneer/componeer)
- Biasanya ramai yang datang sebab gigi depan bertampal dan warna coklat kehitaman. Bila buat rawatan kosmetik veneer, warna gigi akan lebih sekata




Untuk pertanyaan lanjut boleh hubungi atau datang ke cawangan klinik kami di:

-Kuantan -TELUK SISIK dan INDERA MAHKOTA8

-Kemaman-Geliga Kemaman.

-Dungun-Paka .

#dentalclinicinkuantan
#dentalclinicinpaka
#dentalclinicinkemaman

Comments

Popular posts from this blog

Sakit lepas cabut gigi?? Cabut gigi tapi tertinggal akar?? Pernah dengar dengar istilah DRY SOCKET

FRC - PENGGANTIAN GIGI "SEMENTARA"

Apa itu tanam gigi dan bezanya dengan dental bridge