Kenapa pemakaian FAKE BRACES perlu dielakkan?
Recently, kami banyak menerima kes FAKE BRACES yang datang ke klinik untuk membuka kembali dan ada juga yang ingin melakukan rawatan susulan.
Kenapakah ianya dipanggil FAKE BRACES?
FAKE BRACES ni bukanla bermaksud alat yang digunakan tu alat yang palsu, tapi lebih merujuk kepada

individu yang bukan profesional dan tiada sebarang kelulusan untuk melakukan rawatan ini. Mereka hanya belajar dari You Tube dan Google sahaja, tanpa perlu bersusah payah belajar bertahun-tahun hanya kerana untuk mengaut duit segera.
Biasanya taktik mereka ialah dengan mengenakan harga yang rendah, serendah RM 500 pada first visit untuk pemakaian braces, dan diikuti 'servis' serendah RM 50. 'Servis' ini dilakukan di rumah atau di hotel berdekatan, kerana mereka biasanya mengadakan temujanji kerana setiap bulan mereka melakukan 'servis' dari satu negeri ke satu negeri yang lain.
Ada jugak yang mengaku dirinya sebagai medical student dan nursing student. Kalau nak tahu, semua tu pun tak dikira sebagai layak untuk memberi rawatan braces!
Disebabkan oleh trend braces di kalangan golongan muda mudi, harga tersebut mampu dibayar oleh golongan muda ini. Tetapi, mereka tak tahu yang ada kesan buruk di sebalik pemakaian fake braces ni.
KESAN PEMAKAIAN FAKE BRACES
Sememangnya peralatan untuk pemakaian braces ni perlu steril terlebih dahulu untuk mengelakkan cross infection. Adakah anda pasti mereka steril dulu alat yang digunakan? Jangkitan virus dan kuman boleh berlaku sekiranya peralatan tak bersih. Mana la tahu, nak mengaut keuntungan, tapi kebersihan tidak diambil kira.
Lagipun, pemasangan braces perlu mengambil kira banyak faktor seperti kedudukan gigi, kedudukan rahang dan rangka. Sebab itu pemakaian braces memerlukan doktor mengambil gambar,radiograf (x-ray) dan model gigi terlebih dahulu sebagai rekod. Bukannya semudah A B C, pasang dan goyang kaki!
Dari masa ke masa juga doktor akan memeriksa kebersihan mulut, termasuk karang dan karies gigi. Rawatan tampalan dan cuci gigi akan dilakukan bagi mengelakkan gigi rosak semasa pemakaian braces. Cara penjagaan yang betul juga akan doktor kongsikan. Adakah 'tukang pasang' fake braces adik-adik memeriksa keadaan gigi sebaik ini dan bolehkah mereka merawatnya? Sudah tentu tak boleh bukan?
Ini adalah salah seorang adik yang memakai fake braces yang datang ke klinik kami untuk membuka kembali setelah sebulan memakainya.
Nampak tak apa yang dah jadi pada susunan gigi? Gigi bawah 'terkeluar' dari kedudukan sepatutnya. Nak makan pun tak dapat menguyah dengan betul. Apatah lagi nak senyuman cantik. Boleh jadi mimpi ngeri kalau dibiarkan lebih lama!
Akhir kata, sebaik-baiknya lakukan rawatan braces dengan doktor gigi, iaitu golongan profesional yang mempunyai ilmu untuk merawat gigi anda
TEPUK DADA, TANYA SELERA =)

Comments