Alkisah Encik Z yang baru pindah ke Kuantan~

Datang ke Klinik Pergigian Syarifah untuk dapatkan rawatan scaling. Semasa pemeriksaan , Dr dapati gigi Encik Z tiada yang berlubang tapi banyak deep fissure. Deep fissure ni alur atau lekuk yang ada pada gigi.

Selepas rawatan scaling, gigi Encik Z dah bersih dan Dr suggest untuk buat sapuan fluoride. Kebaikan fluoride adalah menjadikan permukaan gigi keras dan kalis lubang. Kira macam pakai protection lah untuk gigi bagi mengelakkan gigi berlubang. Ia merupakan rawatan pencegahan. Fluorida yg kami gunakan mempunyai berpuluh kali ganda fluorida dalam ubat gigi.

Selepas apply, Dr advise untuk tidak makan dan minum dulu dalam tempoh sejam. Selepas tu, dah boleh menikmati makanan dengan bahagia..

Pencegahan lebih baik daripada merawat, setuju?


Comments

Popular posts from this blog

Sakit lepas cabut gigi?? Cabut gigi tapi tertinggal akar?? Pernah dengar dengar istilah DRY SOCKET

Apa itu tanam gigi dan bezanya dengan dental bridge

PEMAKAIAN RETAINER ADALAH WAJIB