Bersyukur saat diuji

 


Masya Allah, balik lewat lagi staff saya nampaknya hari ni. Sebagai staff KPS, kami seringkali di pesan untuk sentiasa jadi staff yang XO - extraordinary & sentiasa bersyukur.

Apakata kita jadi XO dalam bersyukur? Bersyukur ni orang tak nampak, tapi Allah nampak. Antara situasi yang kita boleh cuba didik hati ialah bersyukur saat diuji.

-balik kerja lambat, masih bersyukur

-bonus tak dapat, masih bersyukur

-kena PKP, masih bersyukur

Susahkan nak buat?

Contoh, tatkala rakan sekerja mendapat reward atas kerja keras beliau, maka hati kita sedang diuji.  Ujian kat situ ialah syaitan akan bisikkan kat kita supaya rasa tak adil, tak puas hati dan tak boleh terima apa sahaja keputusan pihak atasan. 

- Apakata ucapkanlah tahniah. Panjatkan rasa syukur atas rezeki yang kita dah nikmati, segala gaji yang kita dah terima, syukur juga kita masih bekerja di zaman Covid-19 yang mana ribuan pekerja syarikat lain dibuang kerja.

- Berdoalah untuk kawan-kawan sekerja, diri sendiri dan syarikat, semoga Allah tambahkan rezekinyang kita dah nikmati bersama. Kalau diri sendiri masih terasa kekurangan, berdoalah agar diri ditambahkan kecekapan dan semangat untuk bekerja. Minta juga kawan yang dah berjaya atau dapat reward tu untuk doakan kita jugak. 

-Akhir sekali muhasabah diri kita balik, adakah aku sudah cukup berusaha? Cukup XO kah aku? Adil ke dapat reward jika bekerja ala kadar? Mampukah syarikat untuk bagi bonus di zaman Covid-19 ni untuk semua orang? Macam mana nak bantu syarikat untuk berdiri kukuh di zaman yang rapuh ini?

Maka berdoalah. Bukankah salah satu cara menjemput rezeki ialah dengan mendoakan orang lain dan minta orang lain mendoakan kita jugak. 

Tepuk dada tanya hati, tanya iman




Comments

Popular posts from this blog

Sakit lepas cabut gigi?? Cabut gigi tapi tertinggal akar?? Pernah dengar dengar istilah DRY SOCKET

Apa itu tanam gigi dan bezanya dengan dental bridge

PEMAKAIAN RETAINER ADALAH WAJIB