Rawatan Akar Gigi Elakkan Gigi daripada Dicabut?

 Rawatan Akar Gigi Elakkan Gigi Anda Dicabut!?


Masih ramai tidak tahu mengenai rawatan akar gigi. Sebab ramai patient yang datang dan minta kepada doktor supaya gigi yang sakit atau berlubang besar terus dicabut.  


Tapi, jangan cabut dulu!


Ada cara lain iaitu rawatan akar bagi mengelakkan gigi dicabut.


So, apakah rawatan akar gigi atau RCT?


Rawatan akar juga dikenali sebagai RCT ( Root Canal Treatment ) dan rawatan salur akar ialah rawatan hingga ke peringkat akar gigi. 


Proses rawatan pula ialah doktor akan membersihkan akar gigi yang rosak dan masukkan tampalan kekal di dalam akar gigi. Nak lagi detail boleh refer video ni!




Jadi, siapa yang perlukan rawatan akar?


1. Individu yang mempunyai gigi yang pernah mengalami jangkitan kuman hingga ke lapisan dalam gigi (pulpa).


Gambar 1 menunjukkan jangkitan kuman akibat karies telah sampai ke akar gigi, menyebabkan nanah pada akar gigi (periapical abscess).

Pada peringkat ini, selalunya pesakit akan rasa berdenyut-denyut dan sukar tidur malam kerana sakit.


2. Gigi yang telah mati (non vital)

Gigi menjadi nonvital disebabkan banyak faktor. Antaranya pernah ada sejarah trauma seperti kemalangan, terjatuh, atau gigi terhempap objek yang berat. 



3. Gigi yang pernah berlaku jangkitan juga boleh menjadi non vital.Tanda-tanda gigi non vital ialah gigi bertukar warna menjadi gelap. 


4. Gigi yang mati tidak kuat, mudah patah, dan melibatkan masalah estetik (tidak cantik). Selepas gigi tersebut dilakukan rawatan akar, doktor akan menasihati pesakit untuk melakukan rawatan “ crown “ / sarung gigi.

5. Gigi yang patah atau fracture

Gigi yang patah yang melibatkan bahagian gigi yang mempunyai saraf dan saluran darah. Bahagian saraf yang terdedah menyebabkan nyilu, dan kuman mudah untuk menembusinya. 



Gambar 3 menunjukkan gigi yang patah. Perlu jumpa doktor gigi segera untuk rawatan yang sesuai. Lapisan dalam gigi yang terdedah kepada kuman menyebabkan bengkak gusi/bernanah.


Bagaimana rawatan akar dilakukan?

1. Akar gigi dibersihkan menggunakan alat khas, dan digantikan dengan bahan yang dikenali sebagai gutta percha.

2. Kemudian, barulah gigi ditampal atau dibuat crown/ sarung gigi.


Semoga info ini bermanfaat. Ingat ya, tak semua gigi yang sakit atau berlubang perlu dicabut. Rawatan akar boleh meyelamatkan gigi anda dari dicabut.


Terima kasih.


Comments

Popular posts from this blog

Sakit lepas cabut gigi?? Cabut gigi tapi tertinggal akar?? Pernah dengar dengar istilah DRY SOCKET

PEMAKAIAN RETAINER ADALAH WAJIB

Apa itu tanam gigi dan bezanya dengan dental bridge