Posts

Showing posts from December, 2024

CABUT GIGI BONGSU KALAU SAKIT SANGAT!

Image
  Pembedahan gigi bongsu bawah kiri yang dah berlubang teruk. Senget sangat akar distal tu tau nasib keluar comel. Alhamdulillah follow up patient lepas sehari pembedahan tak ada sakit pun. Korang yang sakit bongsu jangan takut okeyy untuk buang. InsyaAllah okeyy je. Kadang- kadang yang bongsu kita sayang ni, kena belajar untuk let go dia ok sebab dia suka menyakitkan kita. # Tinaa Mn Facebook: Shafina MN (Dentist KPS Dentalcare Balok)

Setiap Senyuman Ada Cerita: Acik M, Pesakit Istimewa Saya

Image
Dari awal acik M buat rawatan dengan saya , berbagai rawatan , surgery pun ada, sampai ada gigi semula. Sampaikan bila ada Dr locum yang merawat acik M, acik M kata rasa lain tak sama macam saya layan beliau. Acik M selalu kata cara sy sama sangat macam cucu beliau. Saya ada ramai patients yang memang rasa macam mak dan ayah sendiri. Selalu dalam hati, niat nak rawat semua patients saya macam rawat family sendiri. Selalu harap yang terbaik untuk mereka dan cuba beri yang terbaik. InsyaAllah. Dari tempat kerja lama pun macam tu. Yang memang saya sentiasa rindu patients saya yang baik, selalu doakan sy dan layan sy seperti anak mereka. Alhamdulillah sentiasa jumpa orang yang baik2 Patients yang baik2 ni satu rezeki sangat. Bila selesai semua rawatan acik M, kami bergambar. Kami sama-sama cakap, nanti rindu. Jadi bergambar untuk kenangan InsyaAllah, ada rezeki panjang umur sentiasa kita berjumpa lagi. Moga Allah sentiasa beri kesihatan yang baik buat acik M Facebook: Shafina MN (Dent...

3 Kesan Mengunyah Sebelah: Gigi Pecah dan Masalah Rahang

Image
Maaf laa gambar tak comel sebab ambil kat screen. Tapi nak share jugakk. Kenapa gigi pecah terbelah dua macam ni?? SAKIT? Yaaa. Kes pecah macam ni jika sampai ke saraf teramat sakit. Perasan kan gigi geraham besar dah tak ada kat sebelah geraham kecil yang terbelah dua ni. Dan patient kita ni memang suka kunyah belah kiri sahaja setiap masa. Ada kesan sampingan ke makan sebelah je? Jawapannya ADA! 1. Overuse atau terlebih guna sebelah sahaja, gigi akan haus , PATAH macam dalam kes ni. Dan untuk kes ni geraham kecil terlalu banyak bekerja sebab missing geraham besar. 2. Otot muka jadi tertumpu lebih kuat sebelah shj. Boleh ubah saiz muka. 3. Masalah rahang sebab gigitan tak seimbang kiri dan kanan. Etc. Sebab tu, bila hilang sebatang gigi belakang terutama geraham , segera ganti untuk elak keadaan dibawah. Ada sebab kenapa Tuhan cipta 28 batang gigi ( tidak termasuk 4 geraham bongsu) dan diperlukan kesemuanya semasa mengunyah makanan. Tolong sayang gigi kita. Satu nikmat besar dal...
Image
  ROOT CANAL TREATMENT WITH INTERNAL BLEACHING- ONE VISIT TREATMENT Patient kami yang pernah buat braces dengan boss kami sendiri Dr Syarifah Fazlina datang ke klinik untuk buat retainer baru pada asalnya. Masa checkup terus perasan warna gigi kacip atas gelap. Selalu warna gigi macam ni, disebabkan beberapa faktor contoh SARAF gigi yang dah MATI dan sejarah TRAUMA, ataupun pernah buat rawatan akar. Saya bagi pilihan untuk pesakit memandangkan kes ni , pesakit belum pernah buat rawatan akar. Saraf gigi mati disebabkan pernah jatuh dulu. Ada beberapa pilihan untuk nampak gigi cerah selepas rawatan akar, dan pesakit kami pilih untuk buat internal bleaching( putihkan gigi). Paling penting tak sakit pun Alhamdulillah. Semua siap dalam satu sesi rawatan je. Kan dah cantik senyum #smileonpoint Facebook: Shafina MN (Dentist KPS Dentalcare Balok) #KPSDentalcare #KPS16thAnniversary #SmileOnPoint #KlinikGigiNearMe #ServisHebatHargaRakyat