3 Kesan Mengunyah Sebelah: Gigi Pecah dan Masalah Rahang

Maaf laa gambar tak comel sebab ambil kat screen. Tapi nak share jugakk.

Kenapa gigi pecah terbelah dua macam ni?? SAKIT? Yaaa. Kes pecah macam ni jika sampai ke saraf teramat sakit. 😫
Perasan kan gigi geraham besar dah tak ada kat sebelah geraham kecil yang terbelah dua ni.
Dan patient kita ni memang suka kunyah belah kiri sahaja setiap masa.
Ada kesan sampingan ke makan sebelah je? Jawapannya ADA!
1. Overuse atau terlebih guna sebelah sahaja, gigi akan haus , PATAH macam dalam kes ni. Dan untuk kes ni geraham kecil terlalu banyak bekerja sebab missing geraham besar.

2. Otot muka jadi tertumpu lebih kuat sebelah shj. Boleh ubah saiz muka.

3. Masalah rahang sebab gigitan tak seimbang kiri dan kanan.

Etc.
Sebab tu, bila hilang sebatang gigi belakang terutama geraham , segera ganti untuk elak keadaan dibawah. Ada sebab kenapa Tuhan cipta 28 batang gigi ( tidak termasuk 4 geraham bongsu) dan diperlukan kesemuanya semasa mengunyah makanan.

Tolong sayang gigi kita. Satu nikmat besar dalam kehidupan tau !💕

Facebook: Shafina MN (Dentist KPS Dentalcare Balok)


Comments

Popular posts from this blog

Sakit lepas cabut gigi?? Cabut gigi tapi tertinggal akar?? Pernah dengar dengar istilah DRY SOCKET

Apa itu tanam gigi dan bezanya dengan dental bridge

PEMAKAIAN RETAINER ADALAH WAJIB