Masalah Gusi dan Gigi Pesakit Diabetes: Bagaimana Ia Boleh Diatasi?
Kepada Pesakit Diabetes Melitus (Kencing Manis), Jangan Berputus Asa! 💚
Ramai penghidap diabetes melitus menghadapi masalah seperti gigi bergoyang, gusi berdarah, dan gusi bernanah. Namun, ini tidak bermakna ia tidak boleh dirawat. Di KPS Dentalcare, kami telah membantu ramai pesakit mendapatkan semula senyuman mereka dengan gigi yang lebih baik dan selesa.
Pengalaman peribadi saya juga menguatkan komitmen ini. Ibu saya, akibat kesan pengambilan ubat dan rawatan kanser, mengalami kerosakan gigi yang serius. Kami memastikan beliau menerima penggantian gigi yang terbaik—mudah dicuci dan dijaga, terutama bagi pesakit dengan penyakit kronik.
Mengapa penjagaan gigi penting bagi pesakit diabetes?
Kemampuan untuk makan dan mengunyah dengan baik adalah asas kepada proses penghadaman yang lancar, yang seterusnya membantu penyerapan nutrisi dan ubat-ubatan yang diperlukan tubuh. Proses ini menyokong penyembuhan dan meningkatkan kualiti hidup pesakit.
Enam tahun lalu, saya memastikan kebersihan oral ibu saya berada pada tahap optimum. Penjagaan rutin terhadap biofilm bakteria baik dan jahat di dalam mulut sangat penting. Pemeriksaan berkala di klinik gigi membantu memastikan keadaan ini terkawal.
Jangan biarkan masalah gigi bergoyang terus menghantui hidup anda.
Bertindak segera untuk mencegah dan merawatnya. Mulakan dengan langkah kecil—dapatkan pemeriksaan gigi berkala dan nasihat daripada pakar pergigian.
Kembalikan keyakinan dan keselesaan anda dengan senyuman yang sihat. 🌷💚
Nukilan- Dr Sya Dr Gigi
Comments