Gigi bongsu ialah gigi geraham ketiga yang tumbuh pada peringkat remaja atau awal dua puluhan. Ia kerap terhimpit (terimpak) kerana ruang di rahang mulut tidak cukup untuk gigi tersebut tumbuh dengan baik.

Gigi bongsu yang terimpak boleh menyebabkan:
~Kesakitan
~Jangkitan
~Kebengkakan
~Kerosakan gigi (karies) pada gigi bersebelahan
~Penyakit gusi
~Nafas berbau
~Kesukaran membuka mulut

Jumpa doktor pergigian jika berlaku keadaan seperti berikut:
~Kebengkakan gusi di sekeliling gigi bongsu
~Kesukaran membuka mulut
~Kebengkakan muka
~Kesukaran untuk menelan
~Demam


Rawatan berikut mungkin diberikan oleh doktor pergigian:
~Gigi dan gusi dibersihkan dan dicuci dengan air saline (air garam).
~Antibiotik diberi jika ada tanda-tanda jangkitan (infeksi).
Jika gigi bongsu tidak terimpak :
~gusi yang berlebihan perlu dibuang (insisi)


Jika gigi bongsu terimpak dan masalah berulang :
~gigi perlu dicabut melalui pembedahan.
X-ray gigi berkaitan mungkin perlu diambil untuk menentukan kedudukan gigi tersebut. Bulatan biru itu merupakan gigi geraham bingsu yang tumbuh terimpak.


#ps #pergigiansyarifah #DrSyaDrGigi #KpsDentalCareTeam #gigigeraham #gigigerahambongsu #sakitgigi #takdapattidur #sakitberdenyut #gusibernanah

 

Comments

Popular posts from this blog

Sakit lepas cabut gigi?? Cabut gigi tapi tertinggal akar?? Pernah dengar dengar istilah DRY SOCKET

Apa itu tanam gigi dan bezanya dengan dental bridge

PEMAKAIAN RETAINER ADALAH WAJIB