Pertandingan Mereka Cipta Maskot

Assalamualaikum, Klinik Pergigian Syarifah sedang mencari seorang yang berbakat dan kreatif untuk mereka cipta maskot yang bertemakan gigi. Maskot ini akan digunakan untuk tujuan pemasaran, pengiklanan dan promosi serta lain-lain tujuan.
🌈Syarat-syarat Penyertaan Mereka Cipta Maskot🌈
1. Penyertaan terbuka kepada semua rakyat Malaysia dan bukan warganegara serta tiada had umur ditetapkan

2. Semua ciptaan mestilah asli dan tidak boleh meniru atau dicetak dari mana-mana maskot tempatan atau luar negara

3. Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan tetapi hanya dibenarkan memenangi satu hadiah sahaja

4. Reka bentuk hendaklah dipaparkan melalui 3 pandangan iaitu pandangan sisi, pandangan hadapan dan pandangan belakang

5. Reka bentuk perlu disediakan dalam bentuk JPEG resolusi atau menggunakan perisian terkini yang bersesuaian

6. Penyertaan boleh dihantar kepada customerservice.kps@gmail.com
(ref : Penyertaan Mereka Cipta Maskot KPS) beserta butiran seperti berikut :

Nama :
No tel :
7. Keputusan juri adalah muktamad

🌸 Reka cipta yang terbaik dan terpilih akan mendapat sijil penyertaan. Hadiah wang tunai menanti bagi pemenang
🌸 Sebarang pertanyaan boleh menghubungi khidmat pelanggan Klinik Pergigian Syarifah di talian 0198834161
🌸 Tarikh tutup penyertaan adalah 30hb April 2021

Jom serlahkan bakat anda dengan menyertai pertandingan mereka cipta maskot Klinik Pergigian Syarifah 😁👍

#ps #pergigiansyarifah #drsyadrgigi #kpsdentalcareteam #pertandingan #maskot #klinikgigi #klinikgigikemaman #klinikgigikuantan



Comments

Popular posts from this blog

Sakit lepas cabut gigi?? Cabut gigi tapi tertinggal akar?? Pernah dengar dengar istilah DRY SOCKET

Apa itu tanam gigi dan bezanya dengan dental bridge

PEMAKAIAN RETAINER ADALAH WAJIB