Teeth Grinding
Teeth Grinding atau menggesel gigi dilakukan secara sedar mahupun tanpa sedar terutamanya ketika sedang tidur. Kadang kala bunyi yang didengari menakutkan orang yang mendengar lagi-lagi di lewat tengah malam. Walaupun perbuatan ini dianggap aneh namun ia adalah satu masalah pergigian yang perlu diambil berat. Ini kerana perbuatan ini dapat menggundang pelbagai masalah dan antaranya ialah:
1. Sendi rahang berbunyi semasa membuka dan menutup mulut
2. Kesakitan/ luka di bahagian sudut mulut
3. Kesukaran untuk tidur
4. Sakit telinga
5. Sakit pada otot muka
6. Sakit kepala pada waktu pagi
Bagi mencegah, cuba latih rahang untuk berehat dan mengelakkan dari gigi bergesel pada waktu sedar. Jangan ambil mudah, dapatkan rawatan. Jika perlu , doktor gigi akan memberi alatan Perlindungan Mulut.
Comments