𝐓𝐨𝐧𝐠𝐮𝐞 𝐓𝐢𝐞 𝐚𝐭𝐚𝐮 𝐋𝐢𝐝𝐚𝐡 𝐏𝐞𝐧𝐝𝐞𝐤 – 𝐀𝐩𝐚 𝐓𝐢𝐧𝐝𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐩𝐞𝐫𝐥𝐮 𝐝𝐢𝐛𝐮𝐚𝐭?
Hai pembaca setia blog KPS Dentalcare! Hari ini kita
akan belajar satu lagi isu kesihatan mulut yang mungkin ramai belum tahu kesan
jika mengabaikannya – "Tongue Tie." Apa itu "Tongue Tie"
atau “Ankyglossia”? Ianya adalah keadaan di mana lidah seseorang terikat oleh
tisu frenum, menyebabkan pergerakan lidah terhad. Anda mungkin berfikir,
"ah, itu pasti akan sembuh sendiri." Tapi percayalah, ini mungkin
keputusan terburuk yang anda buat!
Jangan Abaikan "Tongue Tie"!
Terus dapatkan nasihat di klinik gigi sekiranya simptom-simptom seperti berikut ada pada bayi atau kanak-kanak:
- Sukar mengangkat lidah
- Masalah menjelirkan lidah
- Lidah kelihatan seperti lekuk atau berbentuk hati
Apa kesannya?
- Bayi: Bagi ibu bapa yang mempunyai bayi dengan "Tongue Tie", sila dapatkan rawatan segera kerana berkemungkinan bayi akan menghadapi cabaran besar semasa penyusuan susu ibu. Ini boleh menyebabkan bayi gagal atau sukar menghisap puting semasa penyusuan menyebabkan bayi tidak dapat nutrisi yang secukupnya sehingga menjejaskan tumbesaran, dan juga menjejaskan hubungan emosi antara bayi dan ibu. Puting susu ibu juga mungkin luka dan melecet setiap kali menyusu bayi.
- Kanak-Kanak: Tanpa rawatan, kanak-kanak dengan "Tongue Tie" mungkin mengalami masalah mengunyah, menelan, dan pertumbuhan rahang yang tidak normal. Fungsi lain yang penting secara tidak sedar adalah lidah mengawal perkembangan rangka wajah dan posisi rahang atas serta gigi. Dengan lidah yang duduk rendah (lihat gambar di bawah), gigi atas akan tersusun lebih sempit dan menonjol ke depan, menyebabkan maloklusi (gigi tidak tersusun seeloknya) di sisi dan/atau gigitan silang pada gigi depan. Masalah pertuturan juga boleh terjadi, membawa impak negatif terhadap keyakinan diri mereka.
- Kesihatan Respiratori Kanak-Kanak: Kanak-kanak
dengan "tongue tie" yang ketat mungkin menghadapi masalah penyumbatan
saluran udara semasa tidur. Masalah ini mungkin muncul apabila kanak-kanak
berdengkur ketika tidur, dan boleh berkekalan hingga ke dewasa dengan masalah
serius seperti sleep apnea obstruktif. Jadi, jangan lupa dapatkan nasihat di klinik gigi sekarang!
- Remaja dan Dewasa: Individu remaja dan dewasa yang hidup dengan "Tongue Tie" sepanjang hayat mereka mungkin mengalami gangguan pertuturan, pemakanan yang tidak seimbang, dan masalah kesihatan mulut yang serius. Karies gigi dan keradangan gusi (gingivitis) boleh berlaku kerana lidah tidak dapat membersihkan sisa makanan di celah gigi, bawah lidah dan ruang antara gusi dan pipi. Nafas juga mungkin berbau disebabkan karies gigi.
Dapatkan Nasihat dan Rawatan Segera! Di KPS Dentalcare atau dulunya dikenali sebagai Klinik Pergigian Syarifah, kami ada tawarkan rawatan laser untuk merawat Tongue tie atau lidah pendek. Ini membantu mengembalikan pergerakan lidah sepenuhnya.
Hasil rawatan
Alhamdulillah, berikut adalah satu video yang memaparkan seorang bayi yang telah menerima rawatan untuk Tongue tie atau lidah pendek di Klinik Pergigian Syarifah. Semoga perkongsian ini dapat memberikan keyakinan untuk mendapatkan nasihat dan rawatan kepada masalah Tongue tie oleh dentist di klinik gigi berdekatan anda!
Comments