Cara terbaik ganti “gigi yang hilang”
Sekiranya anda tak selesa nak makan dan susah untuk bercakap
sebab gigi hilang, jangan bimbang! Kami di Klinik Pergigian Syarifah atau KPS
Dentalcare ada penyelesaiannya. Menggunakan alatan dan rawatan teknologi moden
terkini, kami ada tawarkan penyelesaian masalah gigi hilang.
DENTAL IMPLANT (IMPLAN PERGIGIAN)
Pilihan utama yang Klinik Pergigian kami tawarkan ialah implan
pergigian atau Dental Implant. Ia adalah gigi palsu jenis tetap. Untuk lebih
mudah faham boleh tonton video pendek di bawah.
KELEBIHAN DENTAL IMPLANT
- Mencegah kadar kemerosotan tulang (kehilangan tulang).
- Mengurangkan kadar pergerakan gigi bersebelahan.
- Tiada ruang kosong antara gigi, melindungi kesihatan gigi bersebelahan.
- Lebih estetik dan praktikal - kekal di tempatnya membolehkan seseorang mudah tersenyum dan ketawa.
- Boleh makan dengan lebih selesa kerana gigi tidak bergerak.
- Tahan lama melalui penjagaan betul dan lawatan secara berkala berjumpa doktor gigi.
- Tidak akan menjejaskan gigi tupang (gigi sebelah) seperti dilakukan semasa rawatan bridge.
Di klinik pergigian kami, harga yang ditawarkan bermula RM5,000
hingga RM6,000.
Untuk pertanyaan lanjut boleh terus hubungi kami di talian;
Comments