𝐌𝐮𝐜𝐨𝐜𝐞𝐥𝐞: 𝐏𝐮𝐧𝐜𝐚 𝐁𝐢𝐛𝐢𝐫 𝐁𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐤
Apa itu Mucocele?
Mucocele atau dikenali sebagai Mucous cyst atau sista
mungkin terdengar asing bagi kebanyakan daripada anda. Namun, jika anda pernah
mengalami bengkak pada bibir atau rasa ada benjolan lembut apabila disentuh,
mungkin anda sedang menghadapi masalah Mucocele. Jadi dalam penulisan kali ini,
kita akan mengetahui apa itu Mucocele, cara untuk mengenalpasti,
penyebab, dan sudah pasti, rawatan efektif yang diperlukan.
Bagaimana Mucocele boleh berlaku?
Mucocele berlaku apabila terdapat trauma pada kelenjar
air liur kecil yang menyebabkan pengumpulan lendir. Disebabkan pengumpulan
lendir, cyst akan mula membentuk dan berlaku benjolan di kawasan tersebut.
Biasanya, Mucocele muncul di bahagian bawah bibir, tetapi boleh juga berlaku di
pipi (Buccal Mucose) atau dasar mulut (Ranula), terutamanya pada kanak-kanak
dan remaja.
Bagaimana cara mengenalpasti Mucocele?
- Timbul bengkak pada bibir atau kawasan berkaitan
- Ada benjolan yang lembut, berbentuk bulat seperti kubah
- Rasa lembut pada benjolan apabila disentuh
3 Penyebab utama Mucocele
- Tabiat menggigit bibir atau tergigit bibir.
- Berlaku trauma pada kelenjar air liur secara tidak sengaja
- Kurang penjagaan kebersihan dalam mulut.
Lihat beberapa hasil rawatan untuk Mucous cyst yang berjaya
dilakukan di klinik kami.
Sebelum kita akhiri, video berikut ialah testimoni daripada
seorang pesakit kami yang mengalami masalah Mucocele dan berjaya mendapatkan
rawatan di klinik kami. Semoga pengalaman beliau mungkin memberikan pandangan
berharga kepada anda yang mungkin menghadapi keadaan yang sama.
Sekian sahaja maklumat kami kali ini mengenai Mucocele. Semoga artikel ini memberikan pemahaman yang lebih baik tentang Mucocele dan membantu anda mengambil langkah yang betul. Jangan ragu-ragu untuk hubungi kami di klinik untuk pertanyaan lebih lanjut atau untuk membuat janji temu. Terima kasih kerana membaca!
...
#rawatanmucocele #bibirbengkak #mucouscyst #klinikpergigiansyarifah #klinikgiginearme #klinikgigikemaman #klinikgigiPahang #klinikgigiTerengganu #KpsDentalCareTeam #DrSyaDrGigi #klinikbukamalam #KpsDentalCareTeam #KPSbuka7hariseminggu
Comments