Gusi Berdarah: Tanda Awal Penyakit Gusi. Ketahui Punca, Kepentingan Scaling dan Cara Mencegah

 



Gusi berdarah bukan perkara normal. Ia adalah tanda awal penyakit gusi seperti gingivitis dan periodontitis. Fahami punca, risikonya, serta rawatan selesa tanpa sakit melalui painless scaling.

Ramai orang menganggap gusi berdarah ketika memberus gigi adalah perkara biasa. Sebenarnya, ia merupakan simptom awal penyakit gusi, yang boleh membawa kepada masalah lebih serius seperti gigi longgar malah tercabut jika tidak dirawat.

Apa Itu Penyakit Gusi?


Gingivitis: Peringkat awal keradangan gusi, berpunca daripada plak dan karang gigi.

Periodontitis: Peringkat lebih serius apabila jangkitan merebak ke tulang penyokong gigi.

Jika dirawat awal, gingivitis boleh dipulihkan sepenuhnya. Tetapi jika dibiarkan, ia boleh berkembang menjadi periodontitis, yang hanya boleh dikawal tetapi tidak dapat disembuhkan sepenuhnya.

Tanda-Tanda Awal Penyakit Gusi

  • Gusi berdarah ketika memberus atau flossing

  • Gusi merah, bengkak atau sensitif

  • Nafas berbau berpanjangan walaupun selepas memberus

  • Karang gigi jelas kelihatan di sepanjang garisan gusi

  • Gusi turun (recession) hingga gigi kelihatan lebih panjang

  • Gigi longgar atau bergoyang

Kenapa Painless Scaling Penting?

Scaling berfungsi untuk membuang plak dan karang gigi yang menjadi punca utama keradangan gusi. Ia membantu:

  • Mengurangkan jumlah bakteria dalam mulut

  • Memulihkan kesihatan gusi dan mencegah kerosakan lanjut

Di KPS Dentalcare, rawatan painless scaling dilakukan menggunakan teknologi airflow powder terkini dinamakan Guided Airflow Painless Scalling. Prosesnya lebih lembut, cepat, dan selesa. Sesuai untuk pesakit yang trauma atau takut dengan rawatan scalling atau cuci gigi.

Cara Mencegah Penyakit Gusi

  • Berus gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari dengan ubat gigi berfluorida

  • Floss setiap hari untuk buang sisa makanan yang tersangkut

  • Elakkan merokok dan kurangkan makanan bergula

  • Jumpa doktor gigi setiap 6 bulan untuk pemeriksaan dan scaling berkala

Kesimpulan

Gusi berdarah bukanlah normal!

Ini adalah tanda awal penyakit gusi yang boleh menyebabkan kehilangan gigi jika diabaikan. Rawatan painless scaling adalah solusi terbaik untuk mengekalkan kesihatan gusi dengan kurang rasa sakit dan ngilu.

Dapatkan rawatan Painless Scalling di Klinik Gigi KPS Dentalcare sekarang!

KPS Dentalcare Negeri Terengganu

  • KPS Dentalcare Geliga, Kemaman
  • KPS Dentalcare Batu 2 Chukai, Kemaman
  • KPS Dentalcare Kerteh
  • KPS Dentalcare Paka
  • KPS Dentalcare Pak Sabah Dungun
  • KPS Dentalcare Ajil
  • KPS Dentalcare Besut

KPS Dentalcare Negeri Pahang
  • KPS Dentalcare Balok
  • KPS Dentalcare Teluk Sisek
  • KPS Dentalcare Indera Mahkota 8
  • KPS Dentalcare Jaya Gading
  • KPS Dentalcare Temerloh

KPS Dentalcare | 1300-22-6161

Dental 1 Stop Centre With Latest Technology 

Comments

Popular Posts