Ramai Tak Tahu, Fissure Sealant Boleh Lindungi Anak Daripada Gigi Berlubang
Ramai ibu bapa yakin memberus gigi sudah cukup untuk melindungi anak daripada gigi berlubang. Hakikatnya, walaupun anak rajin gosok gigi setiap hari, mereka masih berisiko tinggi untuk mendapat kaviti.
Kenapa jadi macam tu?
Permukaan Geraham Punca Utama Gigi Berlubang
Geraham kanak-kanak mempunyai lekuk halus yang dipanggil fissure. Lekuk ini sempit dan dalam, menyebabkan berus gigi susah nak capai. Di sinilah bakteria dan plak mudah melekat sehingga akhirnya menyebabkan lubang gigi.
Kajian menunjukkan, gigi geraham adalah kawasan paling kerap berlaku kaviti pada kanak-kanak kerana bentuknya yang kompleks dan sukar dibersihkan sepenuhnya (Featherstone, 2008).
Apa Itu Fissure Sealant?
Fissure sealant ialah sejenis lapisan resin nipis yang disapu pada permukaan geraham kekal kanak-kanak.
-
Ia menutup lekuk halus (fissure) supaya bakteria dan makanan tidak boleh berkumpul.
-
Sealant ini berfungsi macam “perisai pelindung” tambahan di atas gigi.
Kelebihan Fissure Sealant
Kenapa pakar pergigian sarankan rawatan ini untuk kanak-kanak?
✅ Tahan lama: Anggaran boleh bertahan 3 hingga 5 tahun
✅ Cepat & tidak sakit: Rawatan hanya beberapa minit, tiada suntikan atau bius.
✅ Perlindungan tinggi: Boleh kurangkan risiko kaviti sehingga 80% (Griffin et al., 2008).
Fissure Sealant: Langkah Pencegahan Murah & Berkesan
Berbanding kos rawatan tampalan atau cabutan, fissure sealant jauh lebih murah dan mudah dilakukan. Ia adalah langkah pencegahan terbaik untuk pastikan anak membesar dengan gigi yang sihat, kuat dan bebas kaviti.
Fissure sealant bukan sekadar rawatan tambahan, tapi satu pelaburan awal untuk kesihatan gigi anak-anak. Jika anak anda baru tumbuh gigi geraham kekal, inilah masa paling sesuai untuk dapatkan rawatan ini.
Nak tahu lebih lanjut tentang fissure sealant untuk anak anda?
Hubungi KPS Dentalcare atau terus walk-in ke mana-mana 12 cawangan kami di Terengganu & Pahang.
KPS Dentalcare | 1300-22-6161
Dental 1 Stop Centre With Latest Technology
Comments