Ramai Salah Faham, Sebenarnya Rawatan Scalling Gigi Penyelamat Akar Gigi!
Pernah tak anda fikir scaling hanya sekadar “cuci gigi” supaya gigi lebih putih? Ramai yang silap sangka! Sebenarnya, rawatan scaling bukan hanya kosmetik. Scalling adalah prosedur asas yang mampu menyelamatkan gigi daripada longgar dan tercabut.
Menurut kajian Kementerian Kesihatan Malaysia (2020), hampir 90% orang dewasa di negara ini mengalami masalah karang gigi. Karang gigi yang dibiarkan boleh menyebabkan gusi bengkak, gusi berdarah dan akhirnya membawa kepada penyakit periodontitis punca utama gigi longgar.
“Ramai pesakit datang dalam keadaan gigi sudah bergoyang, bila kami periksa rupanya karang gigi terlalu tebal sehingga gusi menurun,”.
Apa itu scaling?
Scaling ialah prosedur membersihkan plak dan karang gigi. Ia dilakukan dalam tiga langkah mudah:
-
Pemeriksaan gigi & gusi.
-
Pembersihan karang gigi.
-
Menggilap gigi (polishing) untuk permukaan lebih licin.
Sesetengah klinik turut menambah rawatan fluoride untuk menguatkan enamel dan mengurangkan sensitiviti.
Kenapa penting?
Tanpa scaling berkala, karang gigi akan semakin keras, menyebabkan gusi makin turun. Kesannya, akar gigi terdedah, gigi menjadi sensitif, dan akhirnya boleh tercabut.
Pakar juga memberi amaran bahawa penyakit gusi bukan sahaja menjejaskan mulut, malah boleh meningkatkan risiko penyakit kronik lain seperti diabetes dan jantung (Mealey & Oates, 2006).
Berapa kerap perlu scaling?
Pakar pergigian menyarankan setiap 6 bulan sekali. Namun bagi individu dengan masalah gusi kronik, perokok atau pesakit diabetes, rawatan lebih kerap mungkin diperlukan (American Dental Association, 2021).
📌 Jadi, jangan tunggu sampai gigi goyang baru nak ke klinik. Scaling bukan sekadar cuci gigi. Rawatan gigi adalah pelaburan untuk kesihatan jangka panjang.
KPS Dentalcare | 1300-22-6161
Dental One 1 Stop Centre With Latest Technology
Comments