9 Info Jambatan Gigi Wajib Tahu
- Jambatan gigi adalah cara menggantikan satu atau lebih gigi yang hilang dengan menyambungkan gigi-gigi palsu dengan gigi-gigi bersebelahan atau implant
- Bersifat tetap dan disimen terus pada gigi sebelahan
- Jambatan gigi ini tidak perlu dibuka untuk tujuan pembersihan
- Tempoh penyesuaian diri yang pendek kerana gigi bersaiz kecil dan juga ringan berbanding gigi palsu boleh tanggal. Ia amat mudah diterima sebagai sebahagian dari gigi asli setelah disimen dalam mulut.
- Keselesaan untuk mengunyah. Tidak perlu takut berlakunya sebarang insiden yang memalukan di khalayak ramai
- Prostesis yang amat estetik boleh dihasilkan dengan menggunakan bahan porselin berkekuatan tinggi
- Jambatan gigi lebih mudah dan lebih cepat untuk diperolehi berbanding gigi palsu
- Tempoh hayat dan prognosis yang baik dengan penjagaan harian yang sempurna
- Jauh lebih murah berbanding implan pergigian
Sebarang pertanyaan lanjut tentang jambatan gigi boleh hubungi kami di talian www.wasap.my/60198834161
Comments