“Dr, pipi saya sakit. Nak mengunyah pun tak boleh. Dah beberapa hari saya tak selesa nak makan”

Selepas pemeriksaan awal dilakukan, Doktor mendapati pipi Puan Lina (bukan nama sebenar) mempunyai ulser, akibat gigi geraham bongsu yang tumbuh senget dan ‘menikam’ pipi belakang.
Ulser biasanya terjadi akibat trauma dari gigitan dan menjadi luka. Tambahan pula kebersihan mulut tidak dijaga dengan baik dan mempunyai karang yang banyak di keseluruhan gigi lain.
Bakteria akan mudah merebak dalam keadaan persekitaran mulut yang kotor. Ini akan menambahkan lagi rasa sakit dan jangkitan kuman akan berlaku.
Biasanya doktor akan sarankan untuk membuang gigi geraham yang senget, mencuci gigi (scaling) dan akan memberi ubat sapu untuk ulser.
Apa yang penting selepas ini, pesakit perlu mendapatkan pemeriksaan berkala setiap 6 bulan sekali. Kereta pun kena ada ‘maintenance’, muka pun hari-hari kena pakai pelembap & bedak, gigi pun sama lah jugak kena ada ‘maintenance’ baru tahan lama!

Comments

Popular posts from this blog

Sakit lepas cabut gigi?? Cabut gigi tapi tertinggal akar?? Pernah dengar dengar istilah DRY SOCKET

Apa itu tanam gigi dan bezanya dengan dental bridge

PEMAKAIAN RETAINER ADALAH WAJIB