Kenali Gigi Palsu

Gigi palsu adalah salah satu cara untuk menggantikan gigi yang telah hilang dan tisu disekitarnya. Kehilangan gigi perlu diganti bagi mengembalikan fungsi gigi iaitu mengunyah dan bercakap. Selain itu, bagi meningkatkan keyakinan diri. Hal ini apabila banyak gigi yang hilang, otot muka boleh mengendur dan membuatkan wajah kelihatan lebih tua.
Kelebihan Memakai Gigi Palsu :
1. Memudahkan mengunyah makanan
2. Bercakap dengan lebih jelas.
3. Membantu mengembalikan profil wajah anda
4. Mengembalikan semula senyuman
5. Membantu meningkatkan keyakinan diri
6. Mencegah gigi bersebelahan bergerak ke arah ruang kosong yang terjadi akibat kehilangan gigi


 



Comments

Popular posts from this blog

Sakit lepas cabut gigi?? Cabut gigi tapi tertinggal akar?? Pernah dengar dengar istilah DRY SOCKET

Apa itu tanam gigi dan bezanya dengan dental bridge

PEMAKAIAN RETAINER ADALAH WAJIB