Tahukah anda, proses menjaga kebersihan gigi dan mulut bermula dengan keputusan memilih berus gigi yang sesuai.
Pakar Pergigian, Dr Sean Paul, berkata gigi dan mulut yang bersih adalah perkara utama perlu diberi perhatian khusus. Ini kerana kesihatan mulut berkait rapat dengan kesihatan keseluruhan tubuh. Beliau berkata, penyelidikan mendapati bakteria di dalam mulut boleh menyebabkan keradangan dan kesannya boleh berjangkit hingga mengundang penyakit lain. Katanya, apabila seseorang memiliki gigi dan gusi yang sihat, pembiakan bakteria dapat dikurangkan seterusnya membantu menghalang mikro organisma itu terus masuk ke dalam salur darah dan merebak ke bahagian tubuh lain.
Sumber : Pilih berus gigi yang sesuai (BH online)
korang, biasa pilih berus gigi macam mana? Dapatkan tips khas daripada kami untuk anda. Boleh tag keluarga dan kawan-kawan berkongsi info yang bermanfaat ini.


Comments

Popular posts from this blog

Sakit lepas cabut gigi?? Cabut gigi tapi tertinggal akar?? Pernah dengar dengar istilah DRY SOCKET

Apa itu tanam gigi dan bezanya dengan dental bridge

PEMAKAIAN RETAINER ADALAH WAJIB